Apresiasi Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB

30 Mac 2011: Satu Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB telah diadakan buat julung-julung kalinya bagi meraikan kejayaan kelab atas kehebatan menjuarai Kuiz PNB Peringkat Kebangsaan 3 tahun berturut-turut.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk peserta-peserta kuiz PNB tahun 2008, 2009 dan 2010. Tidak ketinggalan guru-guru penasihat, Pegawai-pegawai PNB dan Pegawai-pegawai PPD Pontian.

Majlis ucapan didahului dengan ucapan alu-aluan Tn. Pengetua diikuti dengan ucapan En. Hamid Bin Selamat selaku wakil rasmi Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Dalam ucapan Tn. Pengetua, SMKDPB ingin membuktikan kepada semua bahawa pada tahun 2011 juara kuiz PNB juga akan dinobatkan kepada SMKDPB untuk 4 tahun berturut-turut.

Majlis ini dirasmikan sendiri oleh En. Abd. Aziz Bin Anuar selaku Naib Presiden 1 Bahagian Pembangunan Pendidikan dan Komunikasi Korporat PNB. Dalam ucapan beliau, PNB amat kagum dengan kehebatan SMKDPB kerana bukan sahaja sekolah ini hebat dengan kokurikulum malah dari segi pencapaian akademik juga amat cemerlang.

Atas kejayaan 3 tahun berturut-turut pihak PNB dengan berbesar hati mematikan piala pusingan Kuiz PNB di SMKDPB. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana bukan sahaja ia menjadi kebanggan sekolah tetapi bahang kebanggaan juga dirasai oleh warga daerah Pontian dan seterusnya Negeri Johor. Tahniah!