MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG PT3 DAN SPM 2014

31 Mac 2015 :  Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang SPM 2014 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Lama Blok Bakti, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis Graduasi pada tahun ini diadakan sedikit kelainan dari segi lokasinya bertujuan untuk mengembalikan nostalgia lama kegemilangan SMK Dato ' Penggawa Barat pada era 90'an sempena sambutan Jubli Emas pada tahun ini.  Seramai 105 pelajar telah diraikan yang terdiri daripada 95 pelajar SPM dan 10 pelajar PT3 yang cemerlang dalam peperiksaan awam yang diadakan pada tahun lalu.  Majlis disempurnakan oleh Datuk Nasir bin Safar, Yang DiPertua PIBG, SMKDPB. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru para graduasi agar terus kekal cemerlang dan membawa nama baik sekolah ke alam pendidikan tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.  


95 Pelajar Cemerlang SPM 2014

10 Pelajar Cemerlnag PT3 2014

KURSUS INOVASI DALAM PERKHIDMATAN SMK DATO' PENGGAWA BARAT PONTIAN JOHOR DI HOTEL SELESA JOHOR BAHRU

27hb mac 2014 : Kursus Inovasi Dalam Perkhidmatan SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan mulai 27hb hingga 28hb Mac 2015 di Hotel Selesa Johor Bahru. Seramai 95 peserta kursus yang terdiri daripada guru dan staf sokongan telah hadir bagi mengikuti kursus ini. Kursus diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi daya kreativiti guru-guru dan staf-staf sokongan dengan meletakkan elemen inovatif bagi tugas dan kerjaya masing-masing.



PERKHEMAHAN KEMAHIRAN LENCANA PENGAKAP DAERAH PONTIAN 2015

26-28 Mac 2015, Perkhemahan Kemahiran Lencana Pengakap Daerah Pontian telah diadakan di SMK Kayu Ara Pasong. SMK Dato’ Penggawa Barat telah menghantar 5 orang peserta dan 4 orang pembantu dalam perkhemahan ini. Tahniah diucapkan kepada ahli pengakap yang telah berjaya melengkapkan Buku Log Lencana Ekspedisi. Tahniah.






JOHAN PIDATO PIALA DIRAJA NEGERI JOHOR 2015

26 Mac 2015 – Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Pontian. SMK Dato’ Penggawa Barat telah menjadi tuan rumah bagi acara Pidato Piala Diraja dan majlis penutupan rasmi. Dalam pertandingan Pidato Piala Diraja, adik Muhammad Asrul Haziq bin Anuar telah menjadi johan dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.






1 PERAK 1 GANGSA - ICOMPEX 15

24-26 Mac 2015, Pasukan Inovasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai pertandingan Icompex’15 peringkat kebangsaan bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Seramai 9 orang peserta dibantu oleh 3 orang guru pengiring mereka berjaya membawa pulang pingat Perak melalui produk EQ Fire Extinguisher dan Pingat Gangsa melalui produk Hormon Tumbuhan. Tahniah dan syabas.









ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG TERTINGGI SPM 2014


25 Mac 2015 – Pelajar cemerlang SPM 2014, Lim Hui Xuen yang memperoleh 11 A+ telah diraikan bersama-sama pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM negeri Johor oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Dalam majlis ini beliau mendapat sijil penghargaan dan wang tunai RM1000 yang disampaikan oleh YB Md Jais bin Haji Sardey. Tahniah diucapkan.






KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR.


13-15 Mac 2015, Kejohanan Padang & Balapan P.Khas Negeri Johor. Lokasi Stadium Mini SMS Sembrong, Kluang. Team Olahraga P.Khas Pontian seramai 34 atlet. 5 daripadanye terdiri dari atlet P.Khas masalah pendengaran SMKDPB. Mereka menyertai pelbagai acara seperti 100m, 200m, lontar peluru dan lompat jauh. Atlet Pendidikan Khas SMKDPB berjaya menyumbang 1 Emas, 2 Perak, dan 1 Gangsa. 
Mohd. Syafiq bin Abd Rahman  berjaya menjuarai acara lontar peluru, dan dua pingat perak bagi acara pecut 100m & 200m kategori lelaki masalah pendengaran junior. Mohd.Fikri Fahmi pula berjaya meraih gangsa dalam acara lompat jauh kategori lelaki masalah pendengaran junior. Mohd.Faiz bin Abd Rahman pula mendapat tempat ke-4 dalam acara lompat jauh kategori lelaki masalah pendengaran senior. Mohd.Syafiq bin Abd Rahman akan mewakili Johor dalam kejohanan padang dan balapan Pendidikan.Khas Peringkat Kebangsaan yang dijangka dilangsungkan di Melaka pada bulan Mei akan datang.Secara keseluruhan, Kontinjen Olahraga P.khas Daerah Pontian menjadi daerah ke-4 terbaik dari 11 daerah di johor yg mengambil bahagian. Team Pontian berjaya meraih 7 pingat emas, 5 perak, dan 7 gangsa.












TEAM JUMP ROPE SMKDPB

13 Mac - 2015 , Team Jump Rope SMKDPB telah mengadakan demo lompat tali di Pasir Gudang, Johor.Para pelajar diiringi Pn Hjh Zanariah dan En Mohd Zaid.

KEM GURU MUDA KIMIA


13-15 Mac 2015 - Kem Guru Muda Kimia telah diadakan di SBPI Rawang mulai 13 hingga 15 Mac. Seramai 35 orang pelajar SMKDPB telah berkunjung ke SBPI Rawang dalam usaha meningkatkan pencapaian subjek Kimia bagi kedua-dua buah sekolah tersebut.  Para pelajar diiringi Tn Hj Kahar, En Mohd Yusof dan Pn Noraini. Semoga kejayaan milik kita.


MENGEJAR IMPIAN BERGELAR 'KING SCOUT'

14-17 Mac 2015 – Bagi seorang ahli pengakap impian untuk bergelar Pengakap Raja / ‘King Scout’ merupakan satu impian yang ditanam sejak mula bergiat aktif dalam aktiviti kepengakapan. Anugerah Pengakap Raja / ‘King Scout’ merupakan anugerah tertinggi yang mana Sijil Pengakap Raja akan ditandatangani oleh Raja dan Sultan negeri-negeri di Malaysia. Seramai 8 orang ahli Pengakap SMKDPB sedang  menjalani Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2015 di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.. Mereka telah pun lulus dalam ujian Pra Pentarafan pada Januari yang lalu. Pada kali ini mereka akan berhadapan dengan 20 ujian secara individu dan berkumpulan serta menyiapkan sekurang-kurangnya 13 gajet secara individu. Doa dan harapan warga SMKDPB agar mereka semua beroleh kejayaan dan mencipta impian menjadi Pengakap Raja / ‘King Scout’.

KURSUS BINA INSAN DAN KEPIMPINAN PUSTAKAWAN 2015

13 Mac 2015 : Program Kursus Bin Insan dan Kepimpinan Puskawan 2015 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor mulai 12hb hingga 13hb Mac 2015. Seramai 40 pustakawan telah mengihadiri program yang dianjurankan oleh Bahagian Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah, SMK Dato' Penggawa Barat. Program ini diadakan untuk membina jati diri dan kepimpinan yang unggul kepada pustakawan yang dilantikan agar mereka mempunyai daya tahan dan motivasi yang tinggi serta komited terdapat tugas dan tanggungjawab mereka selaku pustakawan yang telah dilantik. 

Repelling
IQ Generator

Flying Fox 

Rescue Exercise

Orientering

Riadah Pagi

Kepimpinan


KETIGA PERTANDINGAN SAJAK DAERAH PONTIAN 2015

10 Mac 2015 - Pertandingan Sajak dan Syair Daerah Pontian telah diadakan di SMK Teluk Kerang pada hari ini. SMKDPB telah menghantar peserta untuk pertandingan ini. Dalam pertandingan sajak adik Nur Mardziah bt Jupri dari 2 Anggerik yang membawa sajak www.sibermerdeka.com telah memenangi tempat ketiga. Beliau dibimbing Cikgu Wagiman dan Cikgu Shafie. Tahniah kepada semua.

KEPUTUSAN OLAHRAGA MSSD 2015 - ( sehingga 1.00 pm)

9 Mac 2015 -

GANGSA


GANGSA


EMAS

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2015

9-12 Mac 2015 Kejohanan Olahraga MSSD berlangsung di Padang SDAHA. Kontinjen SMKDPB  seramai 55 peserta dibantu guru pembimbing seramai 10 orang bergerak ke SDAHA dengan seribu pengharapan agar dapat membaiki pencapaian terbaik di kejohanan ini. Sama-sama kita doakan kejayaan ini.







LAWATAN PENANDA ARAS IPG TEMENGGUNG IBRAHIM

8 Mac 2015 – Lawatan Penanda Aras oleh pelajar-pelajar IPG Kampus Temenggung Ibrahim pada pagi disertai 20 orang pelajar dan pensyarah. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kecemerlangan sekolah dari pelbagai sudut. Terima kasih kepada rombongan IPG Kampus Temenggung Ibrahim.






PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH DAN ANTIROKOK PERINGKAT SEKOLAH 2015



8 Mac 2015 – Pelancaran Minggu Antidadah dan Antirokok telah disempurnakan oleh Tn Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru agar para pelajar menghindarkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Majlis diserikan lagi dengan deklamasi sajak bertajuk Dadah Durjana oleh adik Nur Mardziah Jupri, tayangan multimedia dan bacaan ikrar antidadah.





MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

 7 Mac 2015 – Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 telah diadakan di Dewan seri Gemilang SMKDPB. Persamian majlis ini disempurnakan oleh Encik Zainal bin Buang, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Dalam ucapannya beliau menyeru para ibu bapa berganding bahu bersama-sama pihak sekolah dalam mengekalkan kecemerlangan pelajar SMKDPB.
                Seterusnya Mesyuarat PIBG dipengerusikan oleh Datuk Nasir bin Safar, YDP PIBG. Pelbagai usul dibahaskan demi mencari kesepakatan dan kebaikan bersama para pelajar.