JARINGAN ANTARABANGSA dan LAWATAN PENANDAARASAN Kejohanan Hoki Antarabangsa Inter-Straits Malaysia dan Singapura 2016 (Edisi ke-5)


31 Oktober - 1 November 2016 - Tradisi persahabatan dalam sukan hoki antara SMK Dato Penggawa Barat, Malaysia dan Northland Secondary School, Singapura diteruskan lagi bagi edisi ke-5 pada tanggal 31 Oktober dan 1 November 2016 yang lalu. Kali ini, jaringan persahabatan ini diluaskan lagi dengan penglibatan SMK Sri Perhentian dan SMK Dato Ali Hj Ahmad, Malaysia. Sehingga kini, terdapat 7 buah sekolah Malaysia yang telah ditemukan dalam silaturrahim arena pendidikan melalui Kejohanan Hoki Antarabangsa Inter-Straits ini sejak edisi sulung pada tahun 2011.

Inovasi kejohanan pada kali ini adalah dengan mengadakan semua perlawanan di atas padang rumput. Padang Hoki KEJORA SMKDPB telah menjadi medan perlawanan semua pasukan yang terlibat. 

Berikut adalah keputusan kejohanan:

Lelaki Bawah 16 Tahun:
Johan: SDPB
Naib Johan: NSS
Ke-3: SSP
Ke-4: SDAHA

Perempuan Bawah 16 Tahun:
Johan: SDAHA
Naib Johan: NSS
Ke-3: SDPB

TAHNIAH dan terima kasih kepada SEMUA pihak yang terlibat serta menyokong kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini!

Hoki Untuk Hati
Sukan Untuk Sahsiah
SDPB MENJUARAI


ZIARAH KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS, PUCHONG, SELANGOR

29 OKTOBER 2016 -Program Ziarah ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor diketuai oleh En Ismail bin Ahmad, Guru Bimbingan dan Kaunseling. Turut serta Ustaz Haris dan Pn Hjh Saadiah, Cikgu Zaiton serta 30 orang pelajar SMKDPB. Rombongan turut menyampaikan sumbangan barangan yang didermakan warga SMKDPB. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar.









PINGAT GANGSA PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI

26 OKTOBER 2016 - Tahniah diucapkan kepada En Ismail bin Ahmad, Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berjaya meraih pingat Gangsa dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi dan Kaunseling Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Kategori Teknikal / Alat / Terapi. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan Agensi Dadah Kebangsaan, Bangi, Selangor. 







PEMANTAUAN PERTANDINGAN SURAU 2016

24 OKTOBER 2016 - Pemantauan pertandingan Surau Imarah oleh para juri telah berlangsung pada hari ini. Dua orang pemantau iaitu Ustaz Najib dan Ustazah Zawiah dari Unit Pendidikan Islam JPNJ. Surau Nurul Hidayah SMKDPB mewakili Daerah Pontian dalam pertandingan ini.















1ST JOHOR INTERNATIONAL SCOUTS FESTIVAL 2016


22 Oktober 2016 Seramai 53 orang ahli Pengakap Laut SMKDPB dan Pengakap Pendidikan Khas SMKDPB telah menyertai 1St Johore International  Scouts Festival 2016 yang diadakan di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pelbagai pameran telah diadakan oleh setiap negeri dan negara yang menyertainya. Antara negara yang turut serta ialah Indonesia, Singapura dan Australia. 
Dalam pertandingan mempamerkan koleksi lencana, adik Hudzaifah bin Abd Rahman telah mendapat tempat kedua. Tahniah dan syabas diucapkan. Tahniah juga buat semua guru pengakap yang turut serta iaitu En Suhizulhisam, Pn Siti Rahmah, En Mohd Amin, En Mohd Ehsan, En Mohd Zaid dan En Anuar.
SDPB Menjuarai!


PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SPM 2016


16 OKTOBER 2016 - Satu perjumpaan bersama-sama ibu bapa pelajar SPM 2016 telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang. Program JITU (Jumpa Individu Tumpuan Utama) diadakan bertujuan untuk memastikan para pelajar lebih bersemangat dalam menghadapi peperiksaan SPM. Pelbagai kaunter mata pelajaran juga dibuka bagi membolehkan ibu bapa para pelajar berbincang dengan guru subjek tentang strategi peningkatan di saat akhir. Program ini dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada pukul 9.00 am - 11.30 am dan sesi dua pada pukul 12.30 pm - 2.00 pm. Semoga kejayaan bersama-sama pelajar SMKDPB.









PERHATIAN KEPADA PELAJAR LEPASAN SPM 2015

Para pelajar lepasan SPM 2015, anda diminta melengkapkan maklumat di bawah dengan cara menghubungi Cikgu Ismail atau Cikgu Zaiton ( Guru Bimbingan dan Kaunseling) untuk program Tracer Study KPM.


Status terkini :

Nama
Kelas T5 2015
Institusi tempat belajar
Bidang/ kursus

Atau

Tempat kerja
Jenis kerja
(Jika tak sambung belajar)

Whatsapp kepada:
Cg.Ismail. (GBK SDPB)
0137257475

Atau
Pn. Hjh Zaiton.
0197580528

#sehingga kini seramai 82 pelajar telah memberi maklum balas.

PECUTAN AKHIR BM SPM 2016

15 OKTOBER 2016 - Pecutan Akhir BM SPM 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Penceramah jemputan ialah Tn Hj Ujang bin Md Lazim dari Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru. Semoga apa yang disampaikan akan dijadikan panduan dalam menjawab soalan peperiksaan BM SPM 2016 nanti. 









JOHAN TAEKWANDO BAKAT REMAJA JOHOR 2016

15 OKTOBER 2016 - Kejohanan Taekwando Bakat Remaja 2016 telah diadakan pada hari ini. Peserta SMKDPB adik Danial Irfan bin Suhizulhisam telah menjadi johan dalam Kategori Flyweight. Tahniah diucapkan. SDPB Menjuarai!




PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2016

14 OKTOBER 2016 - Perkampungan Ilmu SPM telah diadakan pada 14 Oktober dan dijangka berakhir pada 27 November 2016. Program yang dijalankan pada setiap hujung minggu ini mendapat tajaan Biro Akademik PIBG dan Alumni SMKDPB. Bermatlamat untuk melonjakkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2016. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. SDPB Menjuarai!









TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN ESEI NANOTEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

11 OKTOBER 2016 - Pertandingan Esei Nanoteknologi Peringkat Kebangsaan telah diadakan sepanjang bulan September 2016. Bertemakan Nanoteknologi Masa Hadapan, para pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dipelawa menyertainya. Alhamdulillah daripada ratusan penyertaan adik Nurain Syuhadah binti Izani dari kelas 5 Angsana terpilih menerima hadiah tempat ketiga.Hadiah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Majlis penyampaian tersebut diadakan di Technology Park Malaysia (TPM) Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan.








RESTU ILMU PT3 2016

9 OKTOBER 2016 - Majlis Restu Ilmu PT3 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Para pelajar PT3 memohon restu dengan para guru sebelum berdepan dengan Pentaksiran PT3. Semoga semuanya beroleh kejayaan cemerlang. Perfect Score Milik Anda!



HARI SUKAN NEGARA 2016

8 OKT 2016 - Hari Sukan Negara peringkat SMKDPB telah diadakan pada pagi ini. Majlis dimulakan dengan sesi pemanasan badan sebelum disertai berjalan kaki di sekitar kawasan sekolah. selain itu, beberapa orang pelajar serta guru juga terlibat dengan aktiviti Hari Sukan Negara di tempat lain iaitu berbasikal di Stadium Mini Pontian dan Lompat Tali di Johor Bahru.Tahniah kepada yang memeriahkannya.


SOLAT HAJAT PERDANA PT3 & SPM 2016

7 OKT 2016 - Solat Hajat Perdana telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa penjaga pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Turut serta para guru serta barisan AJK PIBG. Semoga apa yang dihajati akan beroleh hasilnya.