Gong Xi Fa Cai






Selamat Tahun baru Cina kepada semua warga SMKDPB berketurunan cina. Semoga tahun Naga Air ini memberikan lebih banyak kejayaan dan kegembiraan.

Daripada:
Pengetua SMKDPB

Jadual Baru Sesi Petang

Untuk makluman semua warga sesi petang, jadual baru akan hanya berkuatkuasa pada 31 Januari 2012 (selasa). Oleh yang demikian Pembelajaran dan Pengajaran pada 30 Januari 2012 (isnin) masih menggunakan jadual yang sudah sedia ada. Harap maklum.


PK Petang

Pencapaian 5 Bintang SSQS 2011 SMK DatoPenggawa Barat

Tahniah ! 4 sekolah menengah daerah Pontian telah dianugerahkan sijil pencapaian 5 bintang dalam 'Smart School Qualification Standard' 2011 iaitu SMK Dato'Penggawa Barat, SMK Seri Perhentian, Smk Teluk Kerang dan SMK Seri Kukup. Semoga pencapaian gemilang berkekalan.


Gegaran Padang SMK Dato' Penggawa Barat "bergema" dengan kemenangan 2 - 0 menewaskan SMK Sri Perhentian dalam Perlawanan Persahabatan Hoki 2012

Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki sekolah di atas kejayaan menewaskan pasukan hoki SSP petang ini 18 Jan 2012 bagi pasukan bawah 18 tahun lelaki. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan sekolah bawah 18 tahun perempuan yang dapat bertahan seri 1 - 1 dengan pasukan bawah 18 tahun perempuan SMK Sri Perhentian.Semoga prestasi permainan sentiasa cemerlang.


Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Kedua

17 Januari 2012: Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 ambilan kedua, telah disempurnakan oleh Tn. Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian En. Hamid Bin Selamat.

Seramai 53 orang pelajar telah mendaftar sebagai warga baru SMKDPB.

Dalam taklimat tersebut, beliau menegaskan agar murid yang terpilih memasuki SMKDPB ini menunjukkan kehebatannya bukan sahaja di peringkat daerah malah berada dikedudukan kelompok atas sebaris dengan sekolah-sekolah Berasrama Penuh yang terkemuka di negara kita. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan Timbalan PPD menerima undangan bagi menyampaikan amanat beliau kepada pelajar baru tingkatan 1 ambilan kedua.

Majlis Pelancaran Program Nilam & Anugerah Tokoh Nilam Sekolah 2012

'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membacamerupakan penggabungan atau adunan semuaaktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberipengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaanyang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatifsehinggalah mereka tamat persekolahan.

NILAM merupakanpenggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah denganmemberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalahyang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.


Program Pelancaran Budaya Membaca (NILAM) peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini 16 Jan 2012 bertujuan untuk membina tabiatmembaca dalam kalangan murid khususnya warga SMKDPB.

Afrah Hanim binti Huzer dari tingkatan 5 Cempaka telah dianugerahkan sebagai Tokoh Nilam peringkat sekolah 2012.

Program Transformasi Kasih Sayang PIBG SMKDPB & Pentadbiran SMK Dato'Penggawa Barat 2012

Program Transformasi Kasih Sayang PIBG SMKDPB & Pentadbiran SMK Dato'Penggawa Barat telah diadakan pada 15 Jan 2012 bermula dengan kunjungan 5 buah rumah ahli keluarga pelajar Sek.Men.Keb. Dato"penggawa Barat bagi tujuan untuk merapatkan jurang ibubapa dan pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan kolaboratif antara ibubapa dan pihak sekolah bagi melaksanakan dasar-dasar sekolah disamping untuk memporoleh impak yang berkesan dalam melahirkan murid-murid cemerlang bertaraf dunia. Pada peringkat awal program ini akan memberi fokus kepada keluarga muird-murid yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Semoga usaha dan tindakan ini akan dibalas dengan kecemerlangan yang berterusan selaras wawasan 1 Malaysia "Murid didahulukan, Pencapaian murid diutamakan". Kunjungan silaturrahim PIBG ini diketuai oleh YDP PIBG SMKDPB YBhg. Datuk Nasir bin Safar, Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom serta barisan pentadbir, AJK PIBG dan kaunselor. Program ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut kesesuaian masa. Rumah pelajar yang dikunjungi ialah Lim Zhou Yi (5CE), Nor Akilah Hj.Abd Rahman (T6 ), Md Khairul Rasman Abd Rashid (1KA), Farah Izzati Mustapha Kamal (5DA) dan Abdul Raqlib Hj.Basiran (5AK). Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa yang terlibat menyokong program ini.





KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN MPP PRA U

Kursus Kepimpinan Pengawas dan MPP Pra U telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor mulai 13 - 16 Januari 2012. Kursus ini disertai oleh 41 orang pengawas dan MPP. Antara objektif kursus ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang pemimpin yang berdaya saing, berinovatif, berkarisma serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang.


Kursus Pengurusan Sekolah Cemerlang 2012

Kursus Pengurusan Sekolah Cemerlang telah diadakan pada 14 Jan 2012. Seramai 105 peserta guru telah menyertai kursus tersebut. Penceramah yang telah mengendalikan kursus ini ialah Pn. Norhamiza bt. Abu Talib, Pn.Norizah bt Abd.Karim dan En.Shairul Azman bin Bahari.
Kursusyang berlangsung selama 1 hari tersebut telah diadakan di Bilik Kuliah Wadah Informasi. Kursus ini juga merupakan persediaan guru-guru SMKDPB bagi meningkatkan pengurusan sekolah ke arah lebih cemerlang.

MESYUARAT HARI KELAB PELABURAN BIJAK PNB PERINGKAT KEBANGSAAN

Mesyuarat Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 10 Januari 2012 yang turut dihadiri oleh wakil PNB yang diketuai oleh En Zamani, Wakil JPNJ En Azman dan Wakil PPD Pontian En Ghani. Mesyuarat ini turut membincangkan persiapan akhir menjelangnya Hari Kelab Pelaburan Bijak peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 9,10 dan 11 Februari 2012 di SMK Dato' Penggawa Barat.

Ceramah Motivasi Timbalan PPD di Minggu Orientasi Tingkatan 1

9 Januari 2012: Sempena Minggu Orientasi Tingkatan 1, pihak sekolah telah menjemput Tn. Timbalan Pegawai pelajaran Daerah Pontian En. Hamid Bin Selamat bagi slot motivasi.

Dalam ceramah tersebut, beliau menegaskan agar intan terpilih yang terdiri daripada pelajar SMKDPB ini menunjukkan kehebatannya bukan sahaja didaerah tetapi berada dikedudukan kelompok atas sebaris dengan sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian Tuan Timbalan PPD menerima undangan bagi melengkapkan lagi program orientasi pelajar tingkatan 1.

Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang PMR 2011


Majlis graduasi pelajar cemerlang PMR 2011 telah disempuranakan oleh En.AB.Rahim bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian pada 9 Januari 2012. Seramai 121 murid cemerlang yang terdiri dari 32 murid 9A, 83 murid 8A dan 6 murid 7A. Semangat juang yang kental dan sikap mandiri pelajar-pelajar yang mendapat 'Perfect Score' wajar menjadi ikutan kepada pelajar-pelajar yang lain yang masih lagi berusaha mencipta kecemerlangan selaras dengan seruan Perdana Menteri kita bagi mencapai transformasi berganda dalam melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing dalam psaran global.

Majlis Penutupan Rasmi Minggu Orientasi Asrama Pelajar Tingkatan 1



7 Januari 2012: Majlis Penutupan Rasmi Minggu Orientasi Asrama Pelajar Tingkatan 1, 2012 telah dijalankan di dewan Makan Asrama.

Sepanjang minggu orientasi tersebut seramai 44 orang pelajar baru ini telah didedahkan dengan maklumat-maklumat penting. Selain itu daripada itu diharapkan agar ianya dapat membentuk pelajar kepada budaya cintakan asrama serta membentuk penghuni yang gemilang dari segi akademik, intelek, sahsiah, agama dan adab sopan selaras dengan visi dan misi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Antara objektif program orientasi ini:
  1. Menanamkan semangat cintakan asrama SMKDPB
  2. Mengenali budaya asrama dengan lebih dekat
  3. Mengukuhkan ikatan silaturrahim antara warga asrama khususnya dikalangan pelajar baru
  4. Melahirkan pelajar berakhlak mulia, berilmu, berdaya saing dan berjiwa kental menghadapi cabaran
  5. Menyesuaikan diri dengan iklim / suasana di asrama
Dalam majlis tersebut, En. Mohd Shaphri selaku GPK Pentadbiran telah sudi menutup rasmi dengan turut dihadiri oleh GPK Petang En Ariffin, Penyelaras program Pn. Zahriah, warden-warden asrama Ust Haris, En. Razlan, En. Rashid, Pn. Siti Norila, Cik Anizah, Cik Norasyikin dan penyelia asrama En. Edy Ezham.

Dalam ucapan perasmian tersebut En. Shapri telah menekankan tentang faedah-faedah yang diperolehi kepada semua penghuni asrama berbanding pelajar harian. Diharapkan semua penghuninya dapat merebut peluang ini untuk memajukan diri kearah yang lebih cemerlang.