Selamat Datang Warga Baru Tingkatan 1 SMKDPB Tahun 2012











Majlis pendaftaran murid -murid tingkatan 1 telah dirasmikan oleh En AB.Rahim bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian.

Seramai 158 murid tingkatan 1 (40 orang Kelas Aliran Agama, 40 orang Kelas Rancangan Khas dan 78 orang Kelas Kawalan) telah mendaftar pada 3 Januari 2012.

Majlis Pendaftaran dimulakan dengan aturcara tidak rasmi dengan taklimat umum oleh PK Petang dan Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) oleh En. Wan Suhaimi pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.

Dalam ucapan perasmian Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, beliau amat mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa bagi menjamin kegemilangan SMKDPB sentiasa dapat dipelihara.
Pelajar-pelajar ini amat bertuah kerana telah ditempatkan di sebuah sekolah yang telahpun diiktiraf sebagai salah sebuah Sekolah Kecemerlangan Kluster di Malaysia.
Menurut Tuan Pengetua, pelajar-pelajar baru ini diharapkan dapat menyesuaikan diri untuk bersaing bagi terus meraih kecemerlangan sebagaimana yang ditunjukkan sewaktu UPSR dahulu.
Disamping itu kepada ibu bapa dan penjaga diharapkan agar dapat menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya tiada kejayaan yang boleh diraih jika tiada kerjasama daripada semua pihak.
Idaman semua warga Pontian untuk menjadi warga SMKDPB memang tidak dapat dinafikan, oleh yang demikian setelah pelajar mendaftar dan menjadi warga sekolah ini maka rebutlah peluang ini untuk merealisasikan impian dan cita-cita.
Di SMKDPB kami akan pastikan kecemerlangan akademik seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan juga bidang kokurikulum.
Tahniah sekali lagi kepada semua warga baru tingkatan 1 dan semua ibu bapa dan penjaga.