KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI & HARI KOPERASI PENDIDIKAN KHAS PONTIAN 2019

29-30 September 2019 - Program ini berlangsung di Dewan Jubli Intan, Pontian. Pasukan Pendidikan Khas SMKDPB telah berpeluang membuat pameran dan demontrasi batik di situ. Program ini di rasmikan oleh YB Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Malah beliau turut melihat demo mewarna batik oleh anak-anak Pendidikan Khas SMKDPB.



PROGRAM AVIATION CAMP UNIKL 2019

27-29 September 2019 - Bertempat di UNIKL telah disertai oleh 17 pelajar SMKDPB. Program yang melibatkan bidang aeroangkasa ini diharapkan dapat memberikan suntikan kepada para pelajar untuk memilih kerjaya di bidang aeroangkasa.



SIRIH PULANG KE GAGANG

29 September 2019 - Sirih Pulang Ke Gagang, Ikan Pulang Ke Lubuk, dan Belut Pulang Ke Lumpur merupakan ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kehadiran semula Tn Hj Md Azmi bin Markam yang mula bertugas rasmi sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada hari ini. Perarakan oleh pelajar dan guru-guru SDAHA diketuai oleh Tn Hj Hamid bin Selamat (Pengetua SDAHA) dan disambut oleh  En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (Pengetua SMKDPB).








Sebelum ini Tn Hj Md Azmi merupakan PK HEM SMKDPB sebelum dinaikkan pangkat  PK Pentadbiran di SDAHA. Kini, beliau kembali ke SMKDPB sebagai PK Pentadbiran bagi menggantikan tempat Pn Rosliza binti Rahmat (mantan PK Pentadbiran) yang kini menjawat jawatan Pengetua di SMK Bukit Naning, Muar.

Tahniah tuan, selamat kembali.

SOLAT SUNAT ISTISQA'

29 September 2019 - Pada hari ini, Solat Sunat Istisqa' telah diadakan bagi memohon kepada Allah agar menurunkan hujan khususnya bagi memenuhi kawasan empangan dan juga menghilangkan jerebu. Solat Istisqa' diimami oleh Tn Hj Abd Shukor bin Talib.

Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT. Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya, ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar diturunkan hujan. Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.

PERKAMPUNGAN ILMU (KAMIL) DAN PROGRAM INSAF


26-28 September 2019 - Program Perkampungan Ilmu (KAMIL) telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di SMKDPB. Kesemua pelajar SPM 2019 telah tinggal di Asrama SMKDPB selama tempoh ini dan dibimbing oleh guru-guru demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM. Kesungguhan yang terpancar pada wajah anak-anak SPM 2019 apatah lagi mereka mempunyai masa untuk fokus kepada subjek dan topik yang tertentu.









Majlis Penutupan Perkampungan Ilmu (KAMIL) disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof , Pengetua SMKDPB dan diserikan dengan Program Insaf yang membawa motivator Mohd Rizal Mohd Rais untuk berkongsi tajuk 'Final Sprint': Bersediakah Kita? Keluarga Bahagia, Anak Cemerlang. 









MAJLIS APRESIASI JAGUH SDPB & PENYAMPAIAN SIJIL KECEMERLANGAN AR3 PELAJAR TNGKATAN 5 (2019)



26 September 2019 – Majlis Apresiasi bagi menghargai jasa guru dan murid yang telah mengharumkan nama sekolah telah diadakan pada hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh Tn Hj. Rosli, Naib Yang Dipertua PIBG SMKDPB. Antara kejayaan guru dan murid  yang diraikan  ialah 2 Pingat Emas 2ND Digitalised International Invention, Innovation and Design Johor 2019, Johan Merentas Halangan KRS Peringkat Antarabangsa, Johan International UTM Bridge Model Competition 2019 dan Johan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Kebangsan. Para murid dan guru juga dianugerahkan  ANUGERAH PENGGAWA  sebagai tanda penghargaan oleh pihak sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua.












                                    KLIK VIDEO KEJAYAAN 2nd DIIID JOHOR 2019


Dalam majlis yang sama juga, telah diadakan penyampaian Sijil Kecemerlangan kepada para pelajar Tingkatan 5 yang mendapat perfect score dalam peperiksaan Percubaan SPM, manakala para pelajar yang melonjak prestasi juga dianugerahkan Sijil Lonjakan Saujana. Semoga terus cemerlang dalam SPM 2019.
  








International UTM Bridge Model Competition 2019


22-25 September 2019 – International UTM Bridge Model Competition 2019 telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor. SMKDPB telah menghantar pasukan yang bertanding di bawah bimbingan Pn Ting Fang Ling. Pasukan ini yang disertai oleh Wan Jia  Xuen, Soh Wan Ling, Tang Chelsea, Ong Zi Qian, Tan Shu Hui telah berjaya mendapat Tempat Pertama Poster dan Multimedia – Kategori Sekolah. Tahniah diucapkan.



PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN & PELANCARAN PROGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

22 Sept 2019 - Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKDPB telah dilaksanakan pada pagi ini dan disempurnakan oleh Tn Pengetua. Dalam ucapannya Tn Pengetua mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Bulan Kemerdekaan. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan.
 



 Dalam majlis yang sama juga Tn Pengetua melancarkan Program Penghayatan Rukun Negara peringkat sekolah. Program pelancaran ini tertangguh pada minggu lepas kerana penutupan sekolah akibat jerebu. Majlis dimulakan dengan ucapan rasmi oleh Tn Pengetua, seterusnya membaca ikrar Rukun Negara dan seterusnya Nyanyian Lagu Rukun Negara.



SOLAT HAJAT PERDANA PT3 DAN SPM 2019


21 September 2019 – Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2019 telah diadakan pada malam ini. Ramai ibu bapa hadir ke majlis ini. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Solat Isyak, Ucapan Pengetua dan jamuan.
Dalam ucapannya Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua) mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan atas program yang dijalankan. Beliau berharap semua pihak mendoakan agar anak-anak PT3 & SPM 2019 mencatatkan peningkatan yang cemerlang pada tahun ini. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.









JOHAN PIDATO PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


17-19 September 2019 – Bertempat di Gambang Resort City, Pahang telah diadakan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Bicara Berirama, Bercerita dan juga Pidato. Adik Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh telah mewakili negeri Johor dalam Pertandingan Pidato Sekolah Menengah.








Adik Muhamad Syafiq telah mempersembahkan pidato wajib bertajuk Alam Sekitar: Kita Semakin Peka dan juga tajuk spontan Meningkatkan Kemahiran Berfikir telah dinobatkan sebagai Johan. Kejayaan ini amat menggembirakan SMKDPB kerana inilah julung-julung kali SMKDPB menjuarai Pertandingan Pidato di peringkat kebangsaan sekaligus menempatkan diri bersama-sama sekolah elit yang lain.
Tahniah dan syabas buat adik Muhamad Syafiq dan guru pembimbing iaitu En Anuar bin Salleh dan Pn Siti Rahmah binti Abd Rahman.













FESTIVAL PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI JOHOR KALI KE-5

15 September 2019- Telah diadakan Festival Permainan Tradisional Negeri Johor Kali Ke-5 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. SMKDPB telah menghantar peserta untuk permainan Congkak dan Batu Seremban.

KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM PELAJAR 2019

12-14 September 2019 - Kem Kepimpinan Kokurikulum telah diadakan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram yang disertai oleh 80 orang pelajar. Tujuan kem ini diadakan bertujuan membentuk jati diri para pelajar seterusnya menjadi pemimpin yang berkualiti dan kompetetif pada masa hadapan. Penutupan kem ini disempurnakan oleh Cikgu Mohd Shaphri (Pengetua). Dalam ucapannya beliau mengingatkan para pelajar akan amanah yang perlu dipikul apabila dilantik sebagai pemimpin dalam sesebuah kelab, persatuan dan unit beruniform. Beliau juga mendorong motivasi para pelajar agar bersungguh-sungguh dalam mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.













DAIE REMAJA 2019

11 September 2019 -Tahniah adik Mohd Harraz bin Hashim (duduk kiri sekali).10 Daie Remaja Terbaik KMJ 2019 (Ke-8).Daripada 122 Daie Remaja seluruh negeri Johor, pelajar Tingkatan 4 Anggerik asuhan Al Fadhil Ustaz Abd Shukor bin Talib ini (Guru PQS SDPB) telah berjaya mengharumkan jenama SDPB Menjuarai di wadah dakwah negeri Johor.
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang berdiri