Kejohanan Floorball PIALA MERDEKA

2-7 September 2019 - Kejohanan Floorball PIALA MERDEKA atau pun lebih dikenali sebagai MERDEKA CUP adalah kejohanan floorball kategori lelaki dan perempuan senior antara negeri-negeri di MALAYSIA.

Kemampuan adik Mohd Amin Salehin dan Ezad Hamizi mewakili Pasukan Floorball Johor amatlah membanggakan kami di Penggawa Floorball memandangkan ianya berlaku pada tahun pertama Penggawa Floorball menyertai arena sukan floorball ini.

(Gambar: Pasukan Floorball Johor di Kejohanan Floorball Piala Merdeka 2019 ihsan Johor Floorball Association)
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Ribuan Tahniah diucapkan kepada dua orang pemain Penggawa Floorball iaitu adik Mohd Amin Saleheen bin Mohd Din dan Ezad Hamizi bin Mohd Alias yang muncul pemenang tempat Ke-4 bersama-sama Pasukan Floorball JOHOR di Kejohanan Floorball Piala Merdeka 2019 yang baru sahaja tamat pada petang semalam di Space Rubix Arena, Selangor

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan dimanfaatkan untuk persediaan Pasukan Floorball SDPB pula selepas ini.

TAHNIAH!