PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

Kemeriahan Merentas Desa 2011


Pada 25 Januari 2011 (Selasa) telah diadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Semua pelajar sesi petang hadir ke sekolah seawal jam 7.00 pagi. Pelajar-pelajar dikumpulkan di dataran perhimpunan untuk diambil kehadiran dan mengisi buku laporan aktiviti kokurikulum.

Sebelum acara dimulakan pelajar lelaki dan perempuan diasingkan untuk menjalani aktiviti pemanasan badan.

Pelepasan peserta-peserta dilakukan oleh Pentadbir sekolah dengan dimulakan oleh tuan pegetua. Peserta perempuan bawah 13 dilepaskan terlebih dahulu diikuti dengan lelaki bawah 13 dan seterusnya perempuan dan lelaki bawah 15 tahun.

Semua pelajar yang mengambil bahagian rata-rata menyatakan keseronokannya kerana disamping dapat menghilangkan rasa stress ia juga dapat beriadah disamping membantu pasukan masing-masing untuk menyumbangkan mata.

Kerjasama dari semua guru juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada semua guru, terima kasih kepada semua pelajar dan tahniah kepada rumah Temenggong atas kejayaan sebagai Juara Keseluruhan merentas desa kali ini.

J-Robik (Perjumpaan Kelab Sukan & Permainan)



Pada 22 Januari 2011, dibawah bimbingan Pn. Hjh. Zanariah pelajar-pelajar sesi petang menjalankan aktiviti J-Robik dengan dibantu oleh 2 orang pelajar. Aktiviti ini merupakan pertama kali dijalankan bagi sesi 2011. Semua pelajar dan guru memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan aktiviti ini.

Perhimpunan J-Robik ini dibuat setiap 4 minggu sekali mengikut jadual perhimpunan. Semua pelajar dan guru sentiasa peka dengan jadual perhimpunan hari isnin samada Perhimpunan Rasmi, Perhimpunan Bahasa Inggeris, Perhimpunan Kaunseling ataupun Perhimpunan J-Robik.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua.



Pelajar Baru Bersama Kaunselor


Pada 21 Januari 2011 (Jumaat) semua pelajar Tingkatan 1 Ambilan Ke-2 telah dikumpulkan di Bilik Wadah Informasi bagi mengikuti Slot Orientasi bersama kaunselor. Slot ini mengambil masa sehingga waktu rehat sebelum diserahkan kepada Guru Tingkatan masing-masing. Hadir sama dalam slot tersebut ialah PK Petang, Penolong PK Petang 1 dan Penolong PK Petang 2.

Pendaftaran Ambilan 2


Pada 19 Januari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan makan asrama telah dijalankan pendaftaran tingkatan 1 ambilan ke-2. Seramai 46 pelajar baru telah mendaftar. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haris, kemudian ucapan PK Petang, seterusnya Taklimat daripada Penolong PK Petang 2 dan Kaunselor. Majlis diserikan lagi dengan ucapan En. Zaidi Ahmad selaku wakil PPD Pontian. Seterusnya sebelum ibu bapa penjaga dibenarkan untuk mendaftarkan anak, mereka diberikan taklimat pengurusan disiplin pelajar oleh Guru Disiplin. Majlis pendaftaran berakhir sekitar jam 11.00 pagi.

Budaya Membaca



Budaya membaca sedang giat dikuatkuasakan bagi pelajar sesi petang tahun 2011. Untuk memenuhi hasrat ini pihak pentadbiran menjalankan fasa 1 di mana sewaktu pelajar rehat, mereka dikehendaki membawa buku ilmiah bersama. Diharapkan agar guru terakhir sebelum waktu rehat memberikan kerjasama dengan memastikan pelajar membawa buku sebelum mereka keluar rehat.