PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2018

13-15 April 2018. Seramai 12 orang ahli pengakap SMKDPB yang telah lulus Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja telah mengikuti Ujian Penarafan Pengakap Raja kali ini. Pelbagai cabaran dihadapi termasuklah hujan lebat dan kekangan masa untuk menyiapkan gajet wajib. Didoakan semoga mereka berjaya dalam ujian ini. (*Keputusan ujian akan dikeluarkan pada Julai 2018)









3RD JOHOR GIRL SCOUTS GATHERING 2018

12-14 April 2018 - Bertempat di Kem PLKN, Padang Hijau, Kluang, Johor, ahli pengakap SMKDPB telah menyertai perhimpunan. Seramai 8 orang peserta diiringi Pn Siti Aznum dan Pn Aznita. Perhimpunan tahun ketiga peringkat negeri ini dkhususkan hanya untuk ahli pengakap wanita sahaja. Dalam pertandingan yang diadakan peserta SMKDP telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Busana yang diperbuat daripada skaf. Tahniah diucapkan.









PERTANDINGAN SYARAHAN DAN PIDATO 2018

10 April 2018 - Pertandingan Pidato dan Syarahan Daerah Pontian telah diadakan di SMK Pekan Nanas, Pontian. SMKDPB diwakili oleh Muhammad Fahim Azfar dan Nurul Hazwani Mad Shah. Adik  Muhammad Fahim Azfar telah dinobatkan sebagai Johan Syarahan Daerah Pontian 2018. Tahniah dan syabas!




 JOHAN SYARAHAN
 NURUL HAZWANI DAN MUHAMMAD FAHIM AZFAR

KARIMUN INTERNATIONAL SCOUT CHALLENGE 2018

23-25 Mac 2018 - Seramai 40 orang pelajar dan 15 orang guru telah berkelana ke Tanjung Balau, Pulau Karimun, Indonesia.Program Karimun International Scout Challenge telah dianjurkan oleh SMP Negeri 2, Karimun. Pelbagai aktiviti Kepengakapan (Pramuka) dan Matematik (Matematika) telah diadakan yang menguji kemahiran dan kecekapan tindak balas ahli-ahli pengakap SMKDPB. Beberapa kejayaan telah diperoleh antaranya menjadi Juara 1 Pertandingan Kecekapan Pengakap dan Juara 2 Pertandingan Kemahiran Pengakap.










 Di samping menyertai aktiviti tersebut SMKDPB juga telah menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dengan SMP Negeri 1 Karimun, SMPS Muhammadiyah, dan MTS Islamiyah Yaspika Karimun. SMKDPB juga telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Surau Al-Hidayah, Karimun.










Pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di Karimun sungguh menarik untuk dikenang oleh para pelajar. Sambutan meriah diterima oleh para pelajar bertaraf lima bintang. Kedatangan rombongan SMKDPB juga disambut oleh Bupati Karimun dan Dinas Pendidikan. Terima kasih penduduk Pulau Karimun, khususnya SMP Negeri 2 Karimun.









JAMBORI LENCANA JAYA 2018

23-24 Mac 2018 Seramai 13 orang ahli pengakap laut SMKDPB yang diketuai oleh Pn Siti Aznum bin Senom telah menyertai Jambori Lencana Jaya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan yang bertujuan menguji kemahiran kepengakapan para peserta. Alhamdulillah Kontinjen  daerah Pontian telah memperoleh kejayaan berikut iaitu Johan Pintu Gerbang, Kedua Pengurusan Khemah, Ketiga Malam Kebudayaan dan seterusnya dipilih sebagai Anugerah Daerah Terbaik. Syabas dan tahniah diucapkan.







 Hadiah yang diperoleh
 Menerima hadiah tempat ke-3 Malam Kebudayaan



Bergambar bersama Kontinjen Pontian di hadapan pintu gerbang

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SDPB 2017

1 April 2018 : Majlis Anugerah Cemerlang SDPB 2017 dengan tema “PENCETUS KECEMERLANGAN” merupakan anugerah tahunan yang diadakan untuk menghargai kejayan para pelajar SDPB dalam PT3 dan SPM pada tahun 2017. Seramai 116 penerima anugerah kecemerlangan yang terdiri daripada  pelajar PT3 dan SPM 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Suhaimi bin Salleh,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup.