JAMBORI NASIONAL INDONESIA (JAMNAS ) 2016

(Berbangga membawa bendera SMKDPB di Indonesia)

12-22 Ogos 2016 – Pengakap SMKDPB telah menyertai Jambori Nasional Indonesia (JAMNAS) 2016. Dua orang peserta iaitu Mohamad Hudzaifah dan Muhammad Lukman Hakim bersama guru pengiring En Mohd Zaid bin Man telah berkhemah di Cibubur Scout Camp, Jakarta, Indonesia.  Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah acara sambutan kemerdekaan negara Indonesia. Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Jokowi.

BERSAMA PENGAKAP BRUNEI


DI BOGOR SALAH SATU WISATA TERKENAL


MALAM PENUTUPAN OLEH MEGAWATI


BERSAMA PRAMUKA


                Peserta SMKDPB juga telah ditemuramah oleh radio rasmi JAMNAS Indonesia, serta berpeluang melawat ke beberapa tempat menarik di sana. Pelbagai pengalaman dan kejayaan yang di bawa pulang akan dikongsi bersama rakan-rakan di sekolah. Tahniah...Pengakap SDPB Menjuarai di persada dunia.

DITEMU RAMAH OLEH DJ


DI KONTI RADIO



LOMPAT TALI- TEMPAT KEDUA KEBANGSAAN


Pasukan lompat tali SMKDPB telah ke Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan yang diadakan di sana. Alhamdulillah, pasukan ini telah berjaya mendapat tempat kedua peringkat kebangsaan. Tahniah, SDPB Menjuarai









PERHIMPUNAN PENGAKAP LAUT KALI KETIGA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016


12-16 Ogos 2016 - Bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah Darulaman, Pasukan Pengakap Laut SMKDPB telah berkampung selama 5 hari bagi mengikuti perhimpunan kali ketiga. Pelbagai aktiviti dijalankan disertai dengan 16 pertandingan untuk ahli Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Secara keseluruhannya Kontinjen Negeri Kedah mengungguli tempat pertama, diikuti Johor tempat kedua, Pulau Pinang tempat ketiga dan Wilayah Persekutuan KL tempat keempat. Saingan yang menyaksikan 10 buah negeri berentap untuk memiliki perisai Kamurazaman. Pasukan Pengakap Laut SMKDPB mengungguli beberapa pertandingan iaitu:

1. Naib Johan Kebangsaan Memasak Makanan Laut.
2. Johan Kebangsaan Pertandingan Semaphore Pengakap Muda.
3. Tempat Kedua Kebangsaan Pertandingan Semaphore Pengakap Remaja.
4. Tempat Ketiga Kebangsaan Isyarat Kod Morse Pengakap Muda.
5. Tempat Ketiga Kebangsaan Isyarat Kod Morse Pengakap Remaja.
6. Tempat Ketiga Kebangsaan Pertandingan Simpulan &  Ikatan  Pengakap Muda dan Remaja.
7. Johan Kebangsaan Solar Bot Pengakap Muda.
8. Johan Kebangsaan Solar Bot Pengakap Remaja.
9. Naib Johan Kebangsaan Reggatta Pengakap Muda.




Walaubagaimanapun beberapa aktiviti dan pertandingan yang melibatkan air dibatalkan oleh pihak penganjur atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tahniah dan syabas buat anak-anak Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian yang mengharumkan nama SMKDPB di peringkat kebangsaan.
SDPB Menjuarai!






SINGAPORE INTERNATIONAL MATH OLYMPIAD CHALLENGE 2016



12 hingga 15 Ogos 2016  - 2 orang pelajar SMK Dato’ Penggawa Barat iaitu They Sau Shien dari tingkatan 5 Angsana dan Soo Jin Yee  dari 1 Kenanga telah terpilih untuk menyertai pertandingan peringkat antarabangsa  - Singapore International Math Olympiad Challenge ( SIMOC) di St Joseph’s Instituition Junior, Singapura.  Tiga acara dipertandingkan, satu acara individu iaitu Math Olympiad Contest dan dua acara berkumpulan iaitu, Maths Warriors Competition dan Mind Sports Challenge. They Sau Shien berjaya meraih satu  pingat Perak bagi acara Math Olympiad Contest  bagi kategori Upper Division. Soo Jin Yee pula berjaya meraih dua pingat Gangsa bagi acara Math Olympiad Contest dan Maths Warriors Competition bagi kategori Middle Division. Para peserta perlu memenangi sekurang-kurangnya anugerah Gangsa dalam pertandingan Singapore and Asian School Math Olympiad (SASMO )sebelum layak menyertai pertandingan SIMOC.  Syabas kepada They sau Shien dan Soo Jin Yee. SDPB menjuarai.








PENILAIAN PERTANDINGAN LANDSKAP 2016


11 Ogos 2016 - Penilaian Pertandingan Landskap 2016 telah diadakan pada hari ini. Para pegawai dari jabatan yang berkenaan telah membuat pemantauan di setiap taman-taman yang dipertandingkan. Semoga segala usaha dan penat lelah warga SMKDPB membuahkan hasil. Insyallah.














PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU PT3

4 OGOS 2016 - Pecutan Akhir Bahasa Melayu PT3 telah diadakan pada petang ini. Penceramah yang membantu ialah En Azhar Salleh, Munsyi Dewan merangkap Pegawai SISC+ PPD Pasir Gudang. Para peserta diberikan tips menjawab soalan PT3 khususnya tatabahasa dan karangan.. Turut hadir bersama pelajar ialah Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Semoga kejayaan menjadi milik anak-anak SDPB Menjuarai!