LINK PENGAKAP LAUT KUMPULAN 14 SMKDPB

TEMPAT KETIGA ANUGERAH CITRA MAJALAH WILAYAH SELATAN

31 Oktober – Majlis Anugerah Citra Majalah sekolah 2012 telah diadakan di Jabatan Pendidikan Johor pada hari ini. Majlis ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama JPNJ sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis ini dirasmikan oleh En Abdul Aziz bin Redzuan yang mewakili Pengarah Pendidikan Johor. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh  (Sasterawan Negara ) yang turut menyampaikan ceramah yang bertajuk Genius dan Jati Diri Melayu Dalam Pantun.


                Pelajar SMKDPB iaitu Rabbiyatul Khaidariah binti Khairuzamri (5 Anggerik ) telah mendapat tempat ketiga dalam kategori  penulisan puisi. Sajak yang beliau tulis dan dimuatkan dalam Majalah Pelopor bertajuk Dakapan Bahasa telah menempatkannya sebagai pemenang tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh  Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh  (Sasterawan Negara ). Beliau mendapar sijil penyertaan, wang tunai RM100 dan buku. Tahniah diucapkan.






MUAT TURUN JADUAL ANJAL TINGKATAN EMPAT 2013

Makluman kepada guru dan pelajar.

Sila muat turun JADUAL ANJAL TERKINI  Tingkatan Empat.

Terima Kasih.

Selamat Datang SMK Negeri 7 Bandung, Indonesia


29 Oktober 2013: Seramai 14 orang pelawat yang terdiri daripada 12 warga pendidik yang diketuai oleh Pn. Dra. Ike Raudah bersama 2 orang Ketua dan Penolong Ketua murid. Mereka hadir atas kunjungan timbal balik dimana pada 25 Mei 2013 SMKDPB telah menjalankan Program Kolaborasi dengan penyertaan seramai 24 murid dan 5 orang guru di sana.

Kehadiran rombongan ini disambut oleh pentadbir sekolah. Dalam ucapan alu-aluan Tn. Hj. Sahadun Kimin selaku wakil rasmi Tn. Pengetua, beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dan semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus berkekalan serta dapat dimanfaatkan kearah kecemerlangan sekolah masing-masing.

Dalam ucapan Pn. Dra. Ike Raudah pula, beliau mengucapkan terima kasih atas keterbukaan SMKDPB untuk menerima kunjungan mereka. 

Persembahan kebudayaan dari kedua-dua buah sekolah turut dipersembahkan. Semua murid yang menyaksikan persembahan memberikan tepukan gemuruh.

Selesai acara di dewan mereka dibawa melihat sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas. 

Lawatan rombongan berakhir dengan jamuan makan tengahari sambil En. Ariffin Bajuri (GPK Petang) memberikan  taklimat berkaitan syarat pengambilan murid ke SMKDPB.




PERSARAAN TN. HJ. SAHADUN BIN KIMIN ( PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

28 Oktober – Majlis Persaraan Tuan Hj. Sahadun bin Kimin telah diadakan pada hari ini. Tn. Hj sahadun telah memilih untuk bersara pada usia 58 tahun. Majlis dimulakan dengan membawa Tn Hj Sahadun menaiki beca untuk ke Dewan Seri Gemilang. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang dan yang diraikan Tn Hj Sahadun. Selama 17 tahun Tn Hj Sahadun menabur bakti di bumi SMKDPB dan merupakan sebahagian warga SMKDPB yang berjaya meletakkan SMKDPB sebagai  Sekolah Berprestasi Tinggi.
                Beliau mula bertugas sebagai seorang guru pada tahun 1977 dan memilih untuk bersara pada tahun 2013. Terima kasih atas segala-segalanya Tn Hj Sahadun. Selamat Bersara!


  

 












Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER 2013

28 Oktober - Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.
Pada pagi ini Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ : ONE NATION READING TOGETHER di peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah dilancarkan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang. Program yang berdurasi selama 33 minit 55 saat telah melibatkan seluruh warga SMKDPB. Tahniah kepada warga SMKDPB yang menjayakan program ini.



  










Tahniah : SMK Dato' Penggawa Barat menerima Anugerah JOHAN Pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula peringkat Negeri Johor 2013

24 Oktober 2013 : Majlis Anugerah Pertandingan Pengumpulan Bahan Kitar Semula peringkat
Negeri Johor 2013 telah diadakan di 'The Zon Regency Hotel' pada 10.00 pagi. SMK Dato' Penggawa Barat telah menerima Anugerah Pengumpulan Bahan Kitar  Semula Tertinggi , kategori sekolah menengah peringkat Negeri Johor 2013. Menurut sumber daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula)
dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 

(Sumber : dipetik daripada Portal Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam).

CERAMAH KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013

24 Oktober - Siri ceramah kecemerlangan Bahasa Melayu diteruskan lagi pada petang ini. Ceramah ini disampaikan oleh En Azhar bin Salleh, Munsyi Dewan. Fokus ceramah kali ini berkaitan tatabahasa. Pelbagai aspek tatabahasa yang disoal dalam Kertas 2 Bahasa Melayu ditekankan oleh Cikgu Azhar. Diharapkan agar para pelajar mendapat manfaat dan menjana kecemerlangan di Sekolah Berprestasi Tinggi. Insyaallah.









PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2013

24 Oktober – Program Khidmat Masyarakat pelajar-pelajar SMKDPB, Sekolah Berprestasi Tinggi telah diadakan pada pagi ini di Taman Rekreasi Pontian. Seramai 120 orang pelajar Tingkatan Tiga bersama-sama 10 orang guru terlibat. Tujuannya adalah memastikan kebersihan kawasan Taman Rekreasi Pontian. Ini juga merupakan tanggungjawab sosial SMKDPB, Sekolah Berprestasi Tinggi kepada masyarakat khususnya masyarakat Pontian. Diharapkan dengan adanya program serampang dua mata ini dapat memastikan keadaan taman rekreasi bersih serta merapatkan hubungan dengan masyarakat Pontian.













PASUKAN HOKI PSKPP DAERAH PONTIAN 2013




24 Oktober – Taklimat pasukan hoki PSKPP Daerah Pontian telah diadakan pada pagi ini bertempat di SMKDPB. Pengetua cemerlang Tn Hj Hashim bin Mohd Dom selaku pengerusi PSKPP Hoki Daerah Pontian telah mengadakan taklimat kepada pasukan hoki PSKPP yang akan bertanding pada 25 hingga 27 Oktober ini. Didoakan kejayaan kepada pasukan hoki PSKPP Daerah Pontian.

KURSUS ASAS DAN PERTANDINGAN VLE PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013.

 23 Oktober – Kursus Asas dan Pertandingan Membina Laman Matematik Di Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya telah diadakan pada hari ini. Kursus yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2.00 petang. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Matematik di Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) selari dengan keupayaan persekitaran pembelajaran maya (PPM) di bawah projek 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia. Perasmian penutup majlis ini disempurnakan oleh En Mohd Isa bin Mohammad Ketua Unit ICT JPNJ. Dalam pertandingan yang dijalankan SMKA  Segamat telah menjadi Johan sementara tempat kedua dimenangi SMK (P) Temenggung Ibrahim , Batu Pahat dan tempat ketiga dimenangi SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Tahniah kepada para pemenang.

* Bagi sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini boleh klik link untuk mendapat gambar. Terima kasih.

















CERAMAH LPPKN

23 Oktober - Satu ceramah berkaitan pengurusan emosi telah diadakan pada pagi ini oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) . Ceramah ini adalah satu slot yang dikhususkan untuk para pelajar Tingkatan 3. Motif ceramah ini adalah untuk mendidik para pelajar agar bijak mengurus emosi sebagai seorang remaja. Segala tindakan yang akan dilakukan mestilah difikirkan baik dan buruknya. Pelbagai tips diberikan sebagai terapi pengurusan emosi. Semoga tips dan panduan yang diberikan dimanfaatkan oleh para pelajar. Terima kasih LPPKN!.






MAJLIS GRADUASI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 2013

22 Oktober - Majlis Graduasi Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi  Daerah Pontian 2013 telah di adakan di Dewan seri Gemilang pada pagi ini. Majlis ini dirasmikan oleh En. Herman bin Raban, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Pontian. Majlis ini turut dihadiri En Salleh Salim bin A.Majid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pontian dan Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB.
           Majlis ini bertujuan menghargai dan mengiktiraf kejayan anak-anak pendidikan khas. Salah seorang pelajar pendidikan khas SMKDPB iaitu adik Mohamad Haziq  Akmal bin Mohamad Noh telah terpilih menerima  Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum kategori menengah rendah. Tahniah dan syabas diucapkan.






CERAMAH JPAM

21 Oktober – Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pontian telah mengadakan  ceramah berkaitan pertolongan cemas dan demontrasi memadam kebakaran. Ceramah ini khusus diadakan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang telah selesai menduduki peperiksaan PMR sebagai mengisi slot Pasca PMR. Pihak JPAM yang hadir terdiri daripada En Zulkifli, En Hairul, En Fakhrul dan Cik Herdawati membuat tunjuk cara serta teori tentang cara-cara memadam kebakaran dan memberikan bantu mula pertolongan cemas. Diharapkan para pelajar mendapat pengetahuan yang berguna. Terima kasih kepada JPAM Daerah Pontian.