PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

Program Senam 1 Malaysia – 36 jam Tanpa Henti Dicatat Dalam Malaysia Book Of Record

 

Sekolah Berprestasi Tinggi, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian terus mencipta sejarah apabila pelajar-pelajar serta guru-gurunya terlibat di dalam Program Senam 1 Malaysia – 36 jam Tanpa Henti.  Program telah diadakan di kampus UKM, Bangi pada 5-6 Oktober 2013. SMKDPB diwakili oleh seramai 40 orang murid yang kebanyakkannya adalah ahli Kelab Jrobik.  3 orang guru pengiring yang terlibat adalah Cik Siti Norisme Laili, Pn. Azurawati dan Pn. Julimah.


                Para Pelajar SMKDPB telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mula beraksi pada hari Ahad mulai jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi Mereka telah memberikan komitmen yang begitu  tinggi dan bersungguh-sungguh.  Apa yang membanggakan, SMKDPB merupakan satu-satunya sekolah di Daerah Pontian yang terlibat dan  penyertaan peringkat kebangsaan pada kali ini turut dicatatkan di dalam ‘Malaysia Book of Record’.  
                Sekalung Tahniah dan Penghargaan kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat!!