FIKIRKAN SEJENAK.... "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
PENGUMUMAN PENTING UNTUK WARGA SDPB MENJUARAI.
Majlis Marhaban dan Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah akan diadakan pada 12hb Julai 2017 masa 11.00 pagi bertempat di bilik darjah dan Dewan Seri Gemilang.
Sambutan Hari Kokurikulm akan diadakan pada 22hb dan 23hb Julai 2017.
Teruskan kegemilangan
____________

CERAMAH MOTIVASI PERDANA

11 Oktober - Ceramah Motivasi Perdana yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Tiga, Empat, Pra U serta Pelajar-pelajar asrama diadakan di Dewan Seri Gemilang pagi ini. Ceramah ini yang bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari sangat menarik. Penceramah yang dijemput ialah Dr Fahrol Rodzi Hanafiah. Ceramah ini bertujuan menyuntik pelajar-pelajar untuk tekun dan gigih berusaha untuk menggapai impian. Terima kasih kepada Tuan Penceramah.