FIKIRKAN SEJENAK.... "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
PENGUMUMAN PENTING UNTUK WARGA SDPB MENJUARAI.
Majlis Marhaban dan Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah akan diadakan pada 12hb Julai 2017 masa 11.00 pagi bertempat di bilik darjah dan Dewan Seri Gemilang.
Sambutan Hari Kokurikulm akan diadakan pada 22hb dan 23hb Julai 2017.
Teruskan kegemilangan
____________

PMR 2013

2 Okt 2013 : Seramai 215 calon peperiksaan PMR SMK Dato' Penggawa Barat daripada 462,940 calon peperiksaan PMR  di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara pada tahun ini. Suasana pagi yang dingin dan ceria para calon diberikan suntikan motivasi terakhir sebelum bertempur di medan peperiksaan PMR di Dewan Seri Gemilang. Majlis bermula dengan taklimat oleh Tn Hj. Rahmat bin Sarbani diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Syukor bin talib dan ucapan motivasi daripada Tn Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato. Penggawa Barat.