PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI 2013 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH



SMK Dato’ Penggawa Barat telah bergabung dengan SMK Kayu Ara Pasong  di dalam Pertandingan Sukan Lompat Tali mewakili Daerah Pontian.  Ini adalah penyertaan mereka kali pertama di peringkat negeri.  Sebanyak 10 buah pasukan mewakili semua daerah di Negeri Johor telah mengambil bahagian. 

Pasukan BATTLE ROPE  telah memulakan cabaran dengan cukup mantap dan bertenaga.  Persembahan 3 minit pertama tanpa sebarang kesilapan telah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.  Namun begitu, kesilapan tersangkut pada tali mula dilakukan pada minit-minit berikutnya.  Walaubagaimana pun, pujian harus diberikan kerana peserta masih mampu meneruskan cabaran hingga ke minit terakhir.

Dengan persembahan tersebut, pasukan BATTLE ROPE dari Daerah Pontian telah diumumkan pemenang tempat ke 4.  Walaupun meletakkan sasaran sekurang-kurangnya tempat ke 3, peserta masih bersyukur dan berpuas hati kerana ini adalah percubaan pertama mereka di peringkat negeri. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli pasukan dan guru pengiring.


KUMPULAN: BATTLE ROPE MEWAKILI DAERAH PONTIAN
(GABUNGAN PELAJAR: SMKDPB & SMK KAYU ARA PASONG)