PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

SEMINAR PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU SPM

19 Oktober - Seminar Pecutan Akhir Bahasa Melayu SPM telah diadakan pada petang ini mulai jam 2.00 petang. Seminar ini diadakan di Dewan Seri Gemilang. Seminar ini disampaikan oleh En. Abdul Ghalib bin Yunus, Munsyi Dewan, Guru Inovatif dan Guru Cemerlang DG48. En Abdul Ghalib merupakan seorang guru yang bertugas di SMK Seri Serdang, Selangor yang merupakan penulis buku teks dan buku-buku rujukan. Para pelajar diberikan teknik dan tips pecutan Bahasa Melayu yang diharapkan boleh membantu di dalam peperiksaan SPM nanti. Kesudian beliau memandu daripada Selangor ke SMKDPB adalah sangat dihargai dan pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih. Semoga pelajar mendapat manfaat dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.