KUNJUNGAN KE RUMAH ARWAH SARJAN MEJAR BUKHARI BIN WAGIMAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

3 Oktober -  Pada pagi ini kunjungan  guru-guru ke rumah Arwah  Sarjan Mejar Bukhari bin Wagiman di  Balai Polis Pontian diketuai Pn Siti Hasnah binti Bahari , Penolong Kanan HEM SMKDPB. Arwah Sarjan Mejar Bukhari merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah bagi SMKDPB. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 18 September 2013 akibat kemalangan jalan raya di Bukit Batu. Kedatangan guru-guru  adalah untuk menziarahi balu allahyarham serta keluarga dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG. Seluruh warga SMKDPB merakamkan ucapan takziah kepada balu serta keluarga allahyarham. Sesungguhnya allahyarham akan selalu diingati kerana keramahannya. Semoga Allah mencucuri allahyarham dengan rahmat-Nya. Amin