DOA RESTU PMR

30 September – Majlis Doa Restu pelajar-pelajar PMR telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB bermula pada pukul 11.00 pagi. Majlis dimulakan dengan taklimat peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan iaitu Cikgu Norhidayanti. Seterusnya wakil pelajar iaitu Mohd Syafiq bin Saib juga menyampaikan ucapan memohon doa restu daripada guru-guru. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh En Mohd Shahpri bin Yusuf, Penolong Kanan Pentadbiran yang memberikan beberapa tips kepada calon PMR. Pelajar-pelajar juga diberikan set alat tulis sumbangan PIBG. Akhir sekali pelajar-pelajar berjumpa dengan guru-guru untuk bersalam-salaman dan memohon dihalalkan segala ilmu. Seluruh warga SMKDPB mendoakan agar calon-calon PMR beroleh kesihatan yang baik sepanjang tempoh peperiksaan dan seterusnya menjawab mengikut skema yang dikehendaki. Insyaallah- Perfect Score Milik Anda!