NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION (iCompEx) 2017

20 - 23 Mac 2017 : Seramai 25 murid SMKDPB yang terdiri dari 5 kumpulan inovasi telah menyertai iCompEx 2017 yang diadakan di POLIMAS Jitra, Kedah. Mereka turut diiringi oleh 5 orang guru yang turut bertindak sebagai penyelia projek iaitu En Md Amin Bin Kasbin, En Mohd Ehsan Bin Mohamed Saad, Puan Ooi Lee Hun, Puan Aslipah Bt Tasarib dan Cik Fatin Nasuha Bt Ismail. Secara keseluruhannya Pasukan Inovasi iCompEx 17 SMKDPB telah berjaya membawa pulang 1 pingat Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Pingat Emas telah berjaya digapai melalui Inovasi Transrotation (Matematik).

Berikut adalah keputusan yang berjaya dicapai oleh peserta inovasi iCompEx 17 SMKDPB : Transrotation - Emas, Eco Mesra Bin - Perak, Sawitstone in Aquagarden - Perak, Multifunction Board - Gangsa, Safflower Medicated Suit - Gangsa

Lebih menarik, kumpulan inovasi Sawitstone turut disertai oleh seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran SMKDPB iaitu Adik Muahammad Syafiq Bin Abd Rahman. SMKDPB Menjuarai!!!!





PENGAKAP RAJA 2017


19-21 MAC 2017 – Seramai  12 orang ahli pengakap SMKDPB telah menyertai ujian Pentarafan Pengakap Raja di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Semoga mereka semua berjaya dan diiktiraf sebagai Pengakap Raja.









Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Pontian 2017

14-15 Mac 2017 : Seramai 4 atlit olahraga Pendidikan Khas SMKDPB telah menyertai Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Pontian bertempat di SK Andek Mori, Kukup. Mereka menyertai beberapa acara iaitu 100 meter, Lompat Jauh, dan Lontar Peluru. 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa berjaya dimenangi oleh atlit-atlit Pendidikan Khas SMKDPB. Syabas diucapkan. Semoga terus mencapai kecemerlangan pada peringkat negeri selepas ini. SMKDPB Menjuarai!!!!

KEPUTUSAN SPM 2016

16 MAC 2017 – Keputusan SPM 2017 diumumkan pada pagi ini. Alhamdulillah seramai 18 orang pelajar mendapat  perfect score . Semoga para pelajar SMKDPB meneruskan kecemerlangan yang diperoleh di peringkat IPTA dan IPTS. Tahniah diucapkan















ETIKA PAKAIAN KETIKA MENGAMBIL SLIP KEPUTUSAN SPM 2016



PEMBERITAHUAN CALON SPM  2016

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2016

                Keputusan Peperiksaan SPM  akan dikeluarkan pada  16 Mac 2017 (SPM) selepas  pukul 10.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”

MAKLUMAT PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2016
Tarikh  :          16 Mac 2016
Hari     :           Khamis
Masa   :           10.00 pagi
Tempat:           Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat
·        Pelajar diingatkan untuk menepati garis panduan disiplin pemakaian yang telah ditetapkan semasa hari pengambilan.
·         Bermula tahun ini, semua bekas pelajar SMK Dato’ Penggawa Barat perlu membayar yuran pendaftaran ALUMNI sebanyak RM 10.00 di kaunter ALUMNI.

·         Pelajar yang belum menjelaskan sebarang bayaran yuran tahun 2016 diminta berbuat demikian pada hari pengambilan slip.









Kejohanan Badminton MSSJ 2017

23 - 25 Feb 2017 - Kulai - Tahniah diucapkan kepada Ng Yue pelajar SMKDPB wakil team Pontian yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Badminton MSSJ yang telah berlangsung di Kulai, Johor. SDPB Menjuarai

Projek Batik Craft oleh Murid Program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran SMKDPB

1 Mac 2017 - Berikut adalah beberapa produk Batik Craft yang telah berjaya dihasilkan oleh murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran) SMKDPB. Kebanyakan produk yang dihasilkan telah dibawa menyertai beberapa pameran seni dan jualan amal di sekitar Johor. Projek Batik Craft ini bertujuan untuk mencungkil bakat seni dan menambah kemahiran kerjaya kepada murid-murid Pendidikan Khas selain bertujuan untuk menambah dana bagi program pendidikan khas di SMKDPB. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi Cikgu Ehsan di talian 013-6330990. Terima Kasih.








PLC Jawatankuasa Blog SMKDPB

1 Mac 2017 - Siri PLC ( Professional Learning Communities ) untuk Ahli Jawatankuasa Blog sekolah telah diadakan pada hari ini. PLC yang dihadiri oleh semua AJK Blog sekolah ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian melalui medium internet. Semoga PLC yang diadakan mampu meningkatkan tahap penyebaran maklumat kepada warga sekolah dan warga maya.