PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

Majlis Iftar dan Solat Tarawih Pimpinan Imam Al Hafiz Saifur Rahman Al Madani, Imam Masjid Qiblatain, Madinah, Arab Saudi.

10 Julai 2015 : Majlis Aftar dan Solat Tarawih Pimpinan Imam Al Hafiz Saifur Rahman Al Madani, Imam Masjid Qiblatain, Madinah, Arab Saudi. telah diadakan sempena Majlis Iftar Perdana SDPB 2015. Majlis bermula dengan bermula jam 7.20 malam dengan didahului ibadah berbuka bersama warga SDPB, solat magrib, solat isyak, solat tarawih dan diakhiri dengan maljis zikrullah. Masjid Qiblatain, Madinah, pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi Aqeeq dan Universiti Islam Madinah. Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah iaitu selepas 16 atau 17 bulan selepas Baginda berhijrah ke
Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengah hari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara'

Apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan  Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.


Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut. Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Makkah Al-Mukarramah. Wassalam.







Majlis Khataman dan Tahlili Perdana 2015

9 Julai 2015 : Majlis Khataman dan Tahlili Perdana telah diadakan sempena bulan Ramadhan 1436 H. Majlis bermula jam 12.30 tengah hari hingga 1.50 petang. Semua warga muslimin dan muslimah SDPB bersama-sama meraikan majlis tersebut.


                                                   



MAJLIS PELANCARAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2015

1 Julai 2015 : Majlis pelancaran Sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah, SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat pada jam 7.15 pagi di Dewan Seri Gemilang.
Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan mulai tahun 2001 yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan membaca dalam menimba ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini perlu dijalankan dan dipertingkatakan secara berterusan agar dapat dibudayakan tabiat membaca dan mengejar ilmu sebagai teras masyarakat bermaklumat.
Sebagai prasyarat negara maju, Minggu Sambutan Bulan Membaca 2015 merupakan satu program yang dirancang oleh pihak JK Program Nilam, SMK Dato' Penggawa Barat bersempena dengan Bulan Membaca ini. Para pelajar akan terlibat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang memberikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan amalan membaca. Aktiviti yang dirancang antaranya ialah melukis poster,'explorace in library', kuiz, permainan dalaman, cogan kata dan bercerita.

Program Hari Perbincangan Akademik 2015

2 Julai 2015 : Program Hari Perbincangan Akademik 2015 telah diadakan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Secara keseluruhannya program tersebut mendapat sambutan yang dari pihak ibubapa. Lebih 70% ibubapa telah hadir ke majlis tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan 3 berdasarkan keputusan Pertengahan Tahun 2015.