Sentuhan Akhir dan Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM 2014

30 Oktober 2014 – Sentuhan Akhir dan Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM telah diadakan pada petang ini bertempat di Dewan Blok Intelek, SMKDPB. Penceramah yang diundang ialah En Azhar Salleh, Munsyi Dewan dari PPD Pasir Gudang.  Dalam ceramahnya beliau telah memberikan teknik dan tips untuk menjawab soalan Bahasa Melayu. Ceramah yang disampaikan secara santai ini bagi menghilangkan tekanan ke atas para pelajar yang akan menjalani peperiksaan Bahasa Melayu pada 3 November ini. Ceramah ini yang merupakan slot terakhir Bahasa Melayu pada tahun ini. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya dan beroleh keputusan A+ dalam subjek Bahasa Melayu. Insyaallah.








Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan dan Kebersihan 2014

30 Oktober 2014 –Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan dan Kebersihan 2014 telah diadakan pada pagi ini bagi menghargai para pelajar yang berusaha menceriakan kelas sepanjang tahun 2014. Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan aspek utama dalam sesi persekolahan para pelajar kerana kelas yang bersih dan ceria menyediakan sesi pembelajaran yang kondusif. Tahniah kepada para pelajar dan kelas-kelas yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada tahun 2014. Hadiah yang berupa hamper telah disampaikan oleh En Mohd Shahpri – Penolong Kanan Pentadbiran. Berikut merupakan pemenangnya iaitu tempat pertama Kelas 3 Cemara, tempat kedua Kelas 5 Kenanga dan tempat ketiga Kelas 5 Kekwa.
                Dalam majlis yang sama juga Pn Siti Hasnah – Penolong Kanan HEM telah menyampaikan Kupon Future Success.my tajaan Domino and Youth World kepada para pelajar yang bertuah.













MAJLIS DOA RESTU SPM 2014

29 Oktober 2014 – Majlis Doa restu diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari ini bertujuan untuk para pelajar  memohon doa restu daripada para guru yang mengajar selama berada di SMKDPB. Para pelajar juga memohon agar para guru memaafkan segala kesalahan mereka dan menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan.
AMANAT PENGETUA

Pada majlis ini juga para pelajar mendengar amanat pengetua melalui tayangan video memandangkan Tn Hj Hashim bin Mohd Dom berada di Ipoh, Perak kerana menghadiri mesyuarat SBT. Dalam amanatnya Tuan pengetua meminta para pelajar membuktikan kemampuan diri dengan memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau juga meminta para pelajar memohon doa restu dan mencium tangan ibu bapa sebelum ke dewan peperiksaan.










JAMUAN PERPISAHAN PELAJAR TINGKATAN LIMA - 2014

28 Oktober 2014 – Majlis Jamuan Perpisahan pelajar Tingkatan Lima telah diadakan dengan penuh gilang gemilang di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada wakil pelajar, wakil guru dan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Shahpri. Dalam ucapannya beliau menyeru para pelajar agar membuktikan segala apa yang dipelajari di SMKDPB diterjemahkan di dalam peperiksaan SPM yang akan bermula minggu hadapan.
Majlis seterusnya disajikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar mengikut kelas dan juga tayangan multimedia yang dihasilkan oleh para pelajar sebagai mengimbau segala kenangan suka duka di SMKDPB. Sekalung tahniah kepada para pelajar yang menganjurkan majlis ini, tak lupa juga buat para penderma terutamanya ibu bapa pelajar yang memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini.









ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH WILAYAH SELATAN 2014

27 Oktober 2014- Bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor Majlis Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Selatan telah diadakan. Majlis yang berlangsung ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Melaka. Program yang telah menjadi aktiviti tahunan sejak tahun 2002 ini bertujuan menggalakkan kegiatan penulisan dalam pelbagai genre untuk pelajar sekolah menengah dengan menggunakan bahasa Melayu yang berkualiti tinggi, yakni bahasa yang betul dan tepat daripada aspek tatabahasa, indah dan puitis pula dari segi gaya bahasa.
Aspek penilaian dibuat menerusi majalah-majalah sekolah menengah. SMKDPB telah menghantar karya-karya yang terdapat dalam Majalah Pelopor Edisi Ke-49. Alhamdulillah, cerpen ‘Pulih’ karya Nur Syahmina binti Mohidin bekas pelajar 5 Anggerik tahun 2013 telah memenangi tempat ketiga kategori cerpen. Untuk makluman penulis cerpen iaitu adik Nur Syahmina sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di IPG Batu Pahat. Tahniah dan syabas diucapkan. Terima kasih kerana mengharumkan nama SMKDPB. Semoga terus cemerlang.









PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI PERINGKAT NEGERI



Pertandingan Sukan Lompat Tali peringkat Negeri sempena Karnival Kecergasan Negeri Johor telah diadakan di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru pada 26 – 27 September, 2014.  Di dalam pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan ini, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah diwakili oleh 2 pasukan iaitu Phantom Jumpers (Team A) dan Rope Attack (Team B).  Pertandingan di bahagikan kepada dua kategori iaitu Junior (sekolah rendah) dan Remaja (sekolah menengah).  Sebanyak 9 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah dari seluruh negeri Johor telah mengambil bahagian.

            Para peserta pertandingan mula beraksi tepat jam 2.30 petang, dimulakan dengan pasukan dari sekolah rendah sebanyak 9 buah pasukan sebelum pasukan sekolah menengah menyusul selepas itu.  Kesemua pasukan yang mengambil bahagian telah memberikan saingan yang sangat sengit dengan kemahiran lompatan-lompatan ‘advance’ dan ‘super advance’.  

            Perasmian penutupan Pertandingan Sukan Lompat Tali 2014 serta lain-lain aktiviti kecergasan seperti Hip-Hop, Aerobik, Fitball, Stepboard dan Stick and Stick telah sempurnakan oleh Encik Zulkurnain.  

            Apabila keputusan diumumkan, pasukan Phantom Jumpers dari SMKDPB telah berjaya mendapat tempat ketiga, dibelakang Johan dan Naib Johan dari SMK Tasek Utara, JB.  Walaupun peserta agak hampa kerana tidak berupaya mendapatkan kedudukan yang lebih baik, namun mereka tetap berpuas hati kerana dapat memperbaiki kedudukan tempat ke 4, yang diperolehi di kejohanan yang sama tahun lalu.  Dengan kemenangan ini, Phantom Jumpers berjaya membawa pulang hadiah berupa siji, medal dan wangtunai bernilai RM 600.















MAJLIS JALINAN UKHWAH BEKAS PELAJAR DAN GURU SDPB 1974-1980

25 Oktober 2014: Majlis Jalinan Ukhwah Bekas Pelajar Dan Guru SDPB 1974-1980 telah diadakan dengan sambutan yang begitu luar biasa. Seramai 206 peserta yang terdiri dariapada bekas  guru dan pelajar telah hadir ke majlis tersebut. Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Rashidah binti Suib, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG, Kampus Temenggung Ibrahim, Johor. Pihak sekolah telah menerima sumbangan sejumlah RM6500.00 daripada bekas pelajar sempena majlis tersebut.





JOTA JOTI DUNIA -2014

17-19 Oktober 2014 - Bertempat di Kem Pertanian Sungai Sudah, Muar, 4 orang ahli Pengakap Laut Kumpulan 14, SMKDPB telah menyertai kontinjen Negeri Johor untuk menyertai Jota ( Jamboree  On The Air ) Dunia Kali Ke-57 dan Joti (Jamboree On The Internet) Dunia Kali Ke-18. Untuk makluman JOTA JOTI ini diadakan serentak di seluruh dunia pada tarikh berkenaan dan di Malaysia stesen JOTA JOTI dibuka di Kem Empangan Timah Tasoh, Perlis. dan di Johor di buka di Kem Sungai Sudah, Muar. Melalui JOTA JOTI ini, ahli-ahli pengakap Malaysia dapat berhubung dengan ahli-ahli pengakap dari seluruh dunia.
        Majlis perasmian JOTA JOTI Malaysia disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail









KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAERAH PONTIAN 2014

17 OKT - Kem Pemantapan Sahsiah Daerah Pontian 2014 telah diadakan di Kem Kaizen, Gunung Pulai. Kem ini mengumpulkan  pelajar-pelajar Daerah Pontian untuk pelbagai aktiviti pembentukan sashsiah. Pelajar-pelajar SMKDPB juga turut serta dengan diiringi oleh Pn Saadiah.


PEPERIKSAAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014


13 Okt 2014 : Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) merupakan peperiksaan yang telah menggantikan peperiksaan PMR sebagai langkah  penambahbaikkan sistem PBS sekolah menengah rendah. Ia juga akan digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk sekolah menengah teknik (SMT) dan kolej vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Program kegemilangan PT3 di SMK Dato' Penggawa Barat telah diakhiri dengan Majlis Doa Restu PT3 pada jam 12.00  tengah hari,12 Okt 2014. Seramai 183 calon PT3 telah memulakan peperiksaan pada pagi ini dengan di mulai kertas Bahasa Melayu PT3.

 


SOLAT HAJAT PERDANA 2014




9 Okt 2014 : Majlis Solat Hajat Perdana  dan bacaan  Yasin telah diadakan pada 9 Oktiober 2014 selepas solat magrib di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat. Lebih 1000 peserta jemaah yang terdiri daripada Ibubapa,guru dan pelajar turut hadir berhimpun untuk menyertai majlis tersebut. Majlis telah dipimpin oleh Tn.Hj Tamrinan bin Tamrin, Imam Surau, Taman Seri Pinang, Jln. Parit Mesjid, 82000 Pontian, Johor.

TAHNIAH & SYABAS KEPADA CIKGU ANUAR SALLEH: ANUGERAH EMAS PERTANDINGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

11 Oktober 2014 : Tahniah & Syabas kepada En.Anuar Salleh, Guru Cemerlang Bahasa, SMK Dato, Penggawa Barat di atas kejayaan merangkul Anugerah Emas di Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor dengan Tema " Penyelidik Pemacu Pembangunan Pendidikan" di Hotel  Pelangi Muar, Johor. 

PELANCARAN BULAN MEMBACA



8 Oktober : Membaca merupakan satu proses kognitif dengan cara membina, memberi makna atau pengertian kepada kod-kod seperti huruf. Hasil daripada proses itu maka akan terhasil maklumat yang digunakan untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat dan idea. Melalui pembacaan juga, kita boleh mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang mencabar. Malah individu yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari masa kini.

 

Menyedari kepentingan membaca, SMK Dato, Penggawa Barat telah melancarkan Program Bulan Membaca sepanjang Bulan Oktober  2014 ini.                                                                                                                         Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMK Dato’ Penggawa Barat pada jam 1.00 tengah hari, di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Akiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah ini antaranya ialah Kem Membaca 1 Malaysia, ON-RT ‘Silent Reading (One Nation Reading Together 2014 seconds), Program Nilam dan Program Membaca Bestari .