PELANCARAN BULAN MEMBACA



8 Oktober : Membaca merupakan satu proses kognitif dengan cara membina, memberi makna atau pengertian kepada kod-kod seperti huruf. Hasil daripada proses itu maka akan terhasil maklumat yang digunakan untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat dan idea. Melalui pembacaan juga, kita boleh mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang mencabar. Malah individu yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari masa kini.

 

Menyedari kepentingan membaca, SMK Dato, Penggawa Barat telah melancarkan Program Bulan Membaca sepanjang Bulan Oktober  2014 ini.                                                                                                                         Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMK Dato’ Penggawa Barat pada jam 1.00 tengah hari, di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Akiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah ini antaranya ialah Kem Membaca 1 Malaysia, ON-RT ‘Silent Reading (One Nation Reading Together 2014 seconds), Program Nilam dan Program Membaca Bestari .