PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI PERINGKAT NEGERI



Pertandingan Sukan Lompat Tali peringkat Negeri sempena Karnival Kecergasan Negeri Johor telah diadakan di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru pada 26 – 27 September, 2014.  Di dalam pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan ini, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah diwakili oleh 2 pasukan iaitu Phantom Jumpers (Team A) dan Rope Attack (Team B).  Pertandingan di bahagikan kepada dua kategori iaitu Junior (sekolah rendah) dan Remaja (sekolah menengah).  Sebanyak 9 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah dari seluruh negeri Johor telah mengambil bahagian.

            Para peserta pertandingan mula beraksi tepat jam 2.30 petang, dimulakan dengan pasukan dari sekolah rendah sebanyak 9 buah pasukan sebelum pasukan sekolah menengah menyusul selepas itu.  Kesemua pasukan yang mengambil bahagian telah memberikan saingan yang sangat sengit dengan kemahiran lompatan-lompatan ‘advance’ dan ‘super advance’.  

            Perasmian penutupan Pertandingan Sukan Lompat Tali 2014 serta lain-lain aktiviti kecergasan seperti Hip-Hop, Aerobik, Fitball, Stepboard dan Stick and Stick telah sempurnakan oleh Encik Zulkurnain.  

            Apabila keputusan diumumkan, pasukan Phantom Jumpers dari SMKDPB telah berjaya mendapat tempat ketiga, dibelakang Johan dan Naib Johan dari SMK Tasek Utara, JB.  Walaupun peserta agak hampa kerana tidak berupaya mendapatkan kedudukan yang lebih baik, namun mereka tetap berpuas hati kerana dapat memperbaiki kedudukan tempat ke 4, yang diperolehi di kejohanan yang sama tahun lalu.  Dengan kemenangan ini, Phantom Jumpers berjaya membawa pulang hadiah berupa siji, medal dan wangtunai bernilai RM 600.