MAJLIS DOA RESTU SPM 2014

29 Oktober 2014 – Majlis Doa restu diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari ini bertujuan untuk para pelajar  memohon doa restu daripada para guru yang mengajar selama berada di SMKDPB. Para pelajar juga memohon agar para guru memaafkan segala kesalahan mereka dan menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan.
AMANAT PENGETUA

Pada majlis ini juga para pelajar mendengar amanat pengetua melalui tayangan video memandangkan Tn Hj Hashim bin Mohd Dom berada di Ipoh, Perak kerana menghadiri mesyuarat SBT. Dalam amanatnya Tuan pengetua meminta para pelajar membuktikan kemampuan diri dengan memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau juga meminta para pelajar memohon doa restu dan mencium tangan ibu bapa sebelum ke dewan peperiksaan.