ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH WILAYAH SELATAN 2014

27 Oktober 2014- Bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor Majlis Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Selatan telah diadakan. Majlis yang berlangsung ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Melaka. Program yang telah menjadi aktiviti tahunan sejak tahun 2002 ini bertujuan menggalakkan kegiatan penulisan dalam pelbagai genre untuk pelajar sekolah menengah dengan menggunakan bahasa Melayu yang berkualiti tinggi, yakni bahasa yang betul dan tepat daripada aspek tatabahasa, indah dan puitis pula dari segi gaya bahasa.
Aspek penilaian dibuat menerusi majalah-majalah sekolah menengah. SMKDPB telah menghantar karya-karya yang terdapat dalam Majalah Pelopor Edisi Ke-49. Alhamdulillah, cerpen ‘Pulih’ karya Nur Syahmina binti Mohidin bekas pelajar 5 Anggerik tahun 2013 telah memenangi tempat ketiga kategori cerpen. Untuk makluman penulis cerpen iaitu adik Nur Syahmina sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di IPG Batu Pahat. Tahniah dan syabas diucapkan. Terima kasih kerana mengharumkan nama SMKDPB. Semoga terus cemerlang.