KEJOHANAN HOKI PSKPPJ 2014





8 Okt 2014: Kejohanan tersebut telah berlangsung di Stadium Hoki Bentara di SMK Datuk Bentara Luar, Batu Pahat pada 25-27 September 2014 yang lalu. SMK Dato Penggawa Barat telah diamanahkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian sebagai pengurus pasukan hoki PSKPP Pontian.
Setelah mengharungi lima buah perlawanan, pasukan hoki PSKPP Pontian telah berjaya mendapat tempat ke-4. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain dan pegawai yang telah menyumbang tenaga, wang ringgit dan sebagainya.
Terima kasih juga kepada syarikat SHAMS BEST TECHNIC Sdn Bhd, Kooperasi SMKDPB, Kedai Dobi Ayer Baloi dan semua dermawan yang telah membantu dalam mencapai kejayaan ini.
Semoga kejayaan yang lebih manis akan dapat dicapai pada tahun yang akan datang.