KURSUS KEPIMPINAN PUSTAKAWAN DAN PRS 2017

27-28 April 2017 – Kursus Kepimpinan Pustakawan dan PRS telah diadakan di Tanjung Piai Resort. Kursus selama 2 hari 1 malam ni bertujuan menerapkan sifat kepimpinan dalam diri peserta. Semoga peserta mendapat manfaatnya.




CERAMAH ISRAK MIKRAJ PELAJAR ASRAMA

28 APRIL 2017 - Ceramah Israk Mikraj khusus untuk pelajar asrama telah diadakan di Surau Nurhidayah SMKDPB. Ceramah ini disampaikan selepas solat maghrib oleh Ustaz Faizul Hadi  dari Maahad Pontian. Pada malamnya diteruskan program Qiamullail. Semoga para pelajar sarama mendapat keberkatan-Nya.

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR ASRAMA OLEH ALUMNI

28 APRIL 2017 - Pada pagi ini satu ceramah motivasi telah diadakan khusus untuk pelajar-pelajar asrama SMKDPB. Ceramah ini telah disampaikan oleh alumni SMKDPB. Semoga para pelajar asrama mendapat suntikan motivasi. terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.



Poetry Recital Competition 2017

27 APRIL 2017 - Bertempat di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, 2 orang peserta SMKDPB  telah menyertai  Poetry Recital Competition. Peserta tersebut ialah  Puteri Nurhazwani binti Mohd. Kopl dan Nur Irsalina Saiza binti Saifullizan. Tahniah diucapkan kerana mendapat Naib Johan Daerah Pontian.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ MENGISI SLOT KEROHANIAN WARGA SMDKPB

27 APRIL 2017 - Ceramah Israk Mikraj 2017 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada pagi ini bagi mengisi slot kerohanian. Penceramah undangan ialah Ustaz Wan Yusli dari SDAHA. 
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Semoga semua warga SMKDPB mendapat pengajaran daripada Rasulullah s.a.w.










AKHBAR SINAR HARIAN 26 APRIL 2017


CERAMAH TEKNIK MENJAWAB ICT SPM 2017

Pada  26 April 2017 iaitu hari Rabu mulai pukul 2.00  hingga 5.00 petang telah diadakan Ceramah Teknik Menjawab ICT SPM. Bengkel ini diadakan di Wadah Informasi dan disampaikan oleh Cikgu Marlina binti Dzukupli dari SMK Seri Tanjung. Seramai 15 orang pelajar Tingkatan 5 terlibat










BENGKEL TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS SPM 2017

Pada  22 April 2017 iaitu hari Sabtu mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari telah diadakan Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi Asas SPM. Bengkel ini diadakan di Wadah Informasi dan disampaikan oleh Pn Hjh Asmah binti Othman yang merupakan JU Ekonomi negeri Johor dan juga Alumni SDPB. Seramai 64 orang pelajar Tingkatan 5 terlibat.  Objektif bengkel ialah  memberi pendedahan cara dan teknik menjawab eknomi asas yang betul dan tepat kepada pelajar. Turut hadir ialah guru-guru Ekonomi iaitu Pn Zaleha, Cik Marlia, Pn Hasniah dan Cik Chua Ee Ling.


(Terima kasih kepada PIBG yang menaja bayaran penceramah)









PROGRAM SKOR A BAHASA MELAYU SPM

22 APRIL 2017 – Program SKOR A BM SPM anjuran PPD Pontian telah diadakan di SMK Benut. Seramai 12 orang pelajar terpilih mengikuti program ini. Penceramah undangan ialah En. Zainurin dari SMK Parit Bunga , Muar, Johor. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya.







JOHOR GIRL SCOUT GATHERING 2017

20-22 APRIL 2017 – Johor Girl Scout gathering 2017 telah diadakan di Kem BTN Gunung Pulai. Seramai 2 orang peserta pengakap SMKDPB telah mengikuti program ini. Mereka diiringi Cikgu Siti Aznum. Semoga ahli pengakap mendapat manfaat program yang disertai.



KONTINJEN PONTIAN
BERSAMA PESURUHJAYA NEGERI JOHOR

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP REMAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017


20-22 April 2017 – Bertempat di SMK Pulai Perdana telah diadakan Perkhemahan Kem remaja Peringkat Negeri Johor. Seramai 19 orang ahli pengakap SMKDPB yang mengikuti perkhemahan ini. Mereka menghabiskan 3 skim lencana untuk mendapat peluang mengikuti Skim Pengakap Raja pada tahun hadapan. Tahniah diucapkan.









District Level Scrabble Competition 2017

20 APRIL 2017 - Bertempat di SMK Seri Perhentian, 6 orang pelajar SMKDPB telah menyertai District Level Scrabble Competition. Mereka ialah  Samuel Low Yu Hang (4AS), Goi Yi Shen (4AS) dan  Mohd Hairiez Afieq (4AS) mewakili menengah atas dan mendapat tempat ke-3.

Bagi kategori menengah rendah pula mereka diwakili oleh  Thashayani a/p Thevenran (3MA), Soo Jin Yee (2KA) dan  Nur Firzana Ubaidah Abd Razak (3AK) dan menjadi Johan peringkat daerah.
Adik Soo Jin Yee akan mewakili daerah ke Peringkat Negeri.


PERTANDINGAN PIDATO DAN SYARAHAN DAERAH PONTIAN 2017

18 APRIL 2017 - Pertandingan Pidato dan Syarahan Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian telah diadakan di SMK Dato' Mohd. Yunus Sulaiman. Dalam pertandingan ini Adik Nur Mardziah binti Jufri mendapat tempat Kedua ( Naib Johan ) dalam pertandingan Pidato dan Adik Muhamad Syafiq bin Mohd Salleh mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan Syarahan. Tahniah diucapkan.

KARNIVAL HOKI PONTIAN 2017

Pada 16-18 April 2017, Sdpb telah menghantar 2 pasukan L18 dan 2 pasukan P18.

Pasukan P18 Sdpb A telah mendapat tempat ke-3 manakala pasukan L18 Sdpb A telah memenangi kejohanan selaku Johan Bersama kerana perlawanan akhir terpaksa ditamatkan separuh masa kerana cuaca kilat sabung menyabung.

Pasukan L18 Sdpb B pula telah memenangi tempat ke-4.

Selain itu, 6 orang bekas pelajar Sdpb pula telah berjaya melaksanakan tugas sebagai pengadil kejohanan.

Kecemerlangan terbesar Sdpb pula adalah kerana berjaya menjadi penganjur kejohanan sulung di Padang  Turf Hoki MDP Taman Megah yang baru sahaja dibuka pada awal bulan April 2017.

Pemain-pemain L18 Sdpb juga telah berjaya mendapat anugerah-anugerah Pemain Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Penjaring Terbanyak. Penjaga Gol P18 Sdpb A pula telah berjaya memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Hashim selaku penaja Piala Pusingan kejohanan ini, para pentadbir, warden-warden asrama Sdpb, Unit Koko Sdpb, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada Hoki SDPB.

Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Iszda Engineering, Tashima Group, Bekam Al Humayra, Sevenkalerpicture dan Klinik Perbidanan Perdana kerana kesudian menaja pelbagai item sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Semoga Hoki SDPB terus gemilang!

PENANDAARASAN KE KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH ( KISAS ) 2017

BERGAMBAR DI HADAPAN KISAS
BERSAMA PENGETUA KISAS

14 APRIL 2017 - Lawatan Penandaarasan ke KISAS telah diadakan pada petang ini. Seramai 22 orang guru dan 14 pelajar turut serta. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan stategi kecemerlangan KISAS. Terima kasih kepada Tn Hj Omar Salleh , Pengetua KISAS dan warga KISAS  yang sudi menerima kunjungan kami.Semoga ilmu yang diperoleh akan dipraktikkan di SMKDPB bagi mencapai kecemerlangan pendidikan.









LAWATAN KELAB MAJALAH PELOPOR KE MEDIA KARANGKRAF


14 APRIL 2017 – Kelab Majalah PELOPOR SMKDPB telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam. Ahli kelab telah dibawa melawat ke setiap bahagian antaranya proses menulis berita, mengedit berita, studio , kilang percetakan dan penjilidan. Semoga lawatan ini memberi banyak manfaat kepada peserta.








HARI PENETAPAN TARGET SPM 2017

13 APRIL 2017 – Hari Penetapan Target SPM 2017 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Ibu bapa dan pelajar SPM 2017  berbincang tentang penetapan target SPM 2017 bagi memastikan kecemerlangan dalam SPM 2017. Semoga majlis yang julung kali diadakan ini memberikan impak yang positif ke arah kecemerlangan pelajar. Sebelum itu, Pn Hjh Zainuriah (PK Pentadbiran ) telah membentangkan hala tuju program kecemerlangan SPM 2017 kepada ibu bapa pelajar.









LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4, 2017 : KSSM

8hb April 2017 : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4,  dengan Tajuk Kurikulum Sekolah Standard Sekolah Menengah telah disampaikan oleh En. Fauzan bin Mohd. Hanafi, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

 KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.


Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).