LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4, 2017 : KSSM

8hb April 2017 : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4,  dengan Tajuk Kurikulum Sekolah Standard Sekolah Menengah telah disampaikan oleh En. Fauzan bin Mohd. Hanafi, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.

 KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.


Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).