CERAMAH ISRAK MIKRAJ MENGISI SLOT KEROHANIAN WARGA SMDKPB

27 APRIL 2017 - Ceramah Israk Mikraj 2017 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada pagi ini bagi mengisi slot kerohanian. Penceramah undangan ialah Ustaz Wan Yusli dari SDAHA. 
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Semoga semua warga SMKDPB mendapat pengajaran daripada Rasulullah s.a.w.