Kem Easy Matematik Tambahan, Peringkat Daerah Pontian 2012

29 Sept 2012 : Kem Easy Matematik Tambahan, Peringkat Daerah Pontian 2012 telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat mulai 29hb hingga 30hb September 2012. Seramai 500 orang pelajar dari 14 sekolah sekitar daerah Pontian telah menyertai program tersebut. Program ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan khususnya para calon SPM 2012. Semoga tindakan inovatif yang dilakukan ini adapat meningkatkan lagi prestasi kualiti Matematik Tambahan peringkat daerah dalam SPM 2012.

Seminar Olimpiad 2012 SMK Dato' Penggawa Barat

29 September 2102: Seminar Olimpiad 2012 SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan bagi membuat persiapan ke pertandingan Olimpiad peringkat kebagsaan pada tahun 2013. Seramai 30 peserta telah dipilih bagi mengikuti seminar ini. Seminar bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kelas Matematik Intensif PMR 2012

29 September 2012 : Kelas Matematik Intensif PMR 2012 diadakan bagi membuat persiapan pemurnian kualiti para calon PMR 2012 SMK Dato' Penggawa Barat sebelum menduduki PMR pada minggu hadapan. Kelas ini diadakan secara intensif selama satu hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

SOLAT HAJAT PERDANA 2012

28 Sept - Solat Hajat Perdana 2012 telah diadakan pada malam ini. Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang dihadiri oleh ibu bapa, para guru dan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Kehadiran kali ini amat membanggakan sehingga ada makmum yang bersolat di kaki lima Dewan Sri Gemilang. Solat hajat ini merupakan kemuncak siri solat hajat yang telah bermula pada awal tahun ini. Tn Hj Hashim Mohd Dom dalam ucapannya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran tetamu. Beliau mengajak para ibu bapa untuk mendoakan kejayaan yang terbaik untuk anak-anak. Insyaallah, semoga doa kita semua akan dimakbulkan. Amin.


SEMINAR AKHIR KAJIAN TINDAKAN DAERAH PONTIAN 2012


25 Sept 2012 - Seminar Akhir kajian Tindakan Daerah Pontian 2012 telah berlangsung di Dewan Sri Gemilang dan Wardah Informasi. Pertandingan yang melibatkan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah bertujuan memilih wakil ke peringkat negeri. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh En Saleh Salim  bin A. Majid (Pegawai PPD Pontian). Tahniah kepada para pemenang.

Tempat Ke-3 Pertandingan Karnival Sains & Teknologi Kebangsaan


24 September 2012 - Tahniah kepada pasukan sekolah yang telah mewakili Negeri Johor di dalam Pertandingan Solar Bot sempena Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 dengan memperoleh kemenangan tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT DAERAH PONTIAN


Pada 19 dan 20hb September lepas, sekolah kita telah menerima jemputan untuk bersaing dalam KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT DAERAH PONTIAN bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Andek Mori, Serkat, Kukup. Sekolah kita telah menghantar 1 kategori iaitu kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 14.  Melalui kategori Perempuan Bawah 14, Nur Akilla binti Ahmad dari 1 Cemara berjaya mendapat tempat keempat. Bagi kategori Lelaki bawah 14 pula, Mohamad Afif Fahim bin Asmuni dari 1 Cemara mendapat tempat kelapan. Syabas juga kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian. Guru Pengiring : Pn Afzan Othman.

Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012

21 September 2012 : Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.

SMKDPB DI DADA AKHBAR


SILA KLIK LINK AKHBAR UTUSAN


 SILA KLIK LINK AKHBAR NST



KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5

19 September 2012: Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pelaburan PNB 2012 yang telah mengekalkan JOHON Peringkat Kebangsaan. SYABAS Kepada adik Nurfirza Shahirah bt Wari, adik Siti Syazwani bt Samiri dan adik Aminnur Rusydi b. Pairus. Tahniah kepada  Pn. Norizah bt. Abd, Karim, Pengurus pasukan Kuiz Pelaburan PNB, SMKDPB. 


Hadiah berupa Piala Pusingan dan RM5,000.00 untuk sekolah, RM1,000.00 unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan untuk setiap peserta (3 peserta)

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Kategori Sekolah Menengah) ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai konsep pelaburan di samping menanam minat di kalangan mereka untuk mendekati dan mempelajari bidang yang berkaitan dengan pelaburan serta perancangan kewangan.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan. 


Program pendidikan jangka panjang ini menekankan faedah melabur dan keuntungan yang diperolehi darinya serta turut menekankan konsep risiko dan pulangan.Penganjurannya mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengetua, Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom dan seluruh warga sekolah yang telah menyokong dan mendoakan kejayaan kepada pasukan sekolah mencapai kemenangan yangcemerlang.


Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula



18 Sept 2012 – Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Program ini dirasmikan oleh En. Muhamad Rozai Rafiq bin Mohd Rohani, Penolong Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri Johor, Cawangan Pontian.
                Program Sedetik Habitat 1 Malaysia adalah satu aktiviti di mana lebih 10,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia melafaz ikrar ‘Aku Janji’ secara serentak  pada 18 September 2012 jam 8.00 pagi untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara kemampanan petempatan manusia dan alam sekitar.
                Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu-isu semasa petempatan manusiadan perancangan alam sekitar, memandangkan pelajar adalah golongan pelapis pemimpin masa hadapan. Kesedaran awal sebegini diharapkan mematangkan minda dan menjadikan pelajar lebih peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan.
                Bank Kitar Semula berobjektif menerapkan amalan kitar semula khususnya dalam kalangan pelajar supaya membudayakannya dalam kehidupan seharian.
                Kedua-dua program ini yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia  akan dimasukkan ke dalam “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. 

Warga petang menyambut "Merdeka Raya" sederhana tapi meriah

8 September 2012: Satu aktiviti ringkas warga sesi petang telah dijalankan bagi menyambut sambutan berganda Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan ke 55 di Dewan Seri Gemilang SMKDPB.

Acara dimulakan dengan persembahan pelajar pelbagai kaum dan seterusnya pelajar menyanyikan 2 buah lagu patriotik dan lagu hari raya beramai-ramai.

Secara keseluruhannya sambutan yang dijalankan walaupun sederhana tetapi tetap meriah dan ianya cukup memberi makna bagi menanamkan semangat patriotik disamping mengeratkan silaturrahim sesama pelajar.


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri & Perasmian Laluan Berbumbung

7 September 2012 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuaran Kelab Guru SMK dato' Penggawa Barat telah diadakan dengan meriahnya. Sempena jamuan tersebut majlis merasmikan laluan berbumbung yang menghubungkan Dewan Seri Gemilang dengan pondok hentian bas telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Nasir bin Safar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan meraikan Hari Ulang Tahun Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom yang ke 55.

Majlis Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi

6 September 2012 : Majlis solat sunat Hifzi telah diadakan bagi memohon keampunan dan kekuatan ingatan yang baik di atas segala ilmu yang telah dipelajari khususnya untuk anak-anak didik SMKDPB yang akan menduduki peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.


Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan huffaz), agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi.  

Kaedahnya :

1. Mengerjakan solat ini empat rakaat, dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat, sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH AL-MULK.
8. Setelah selesai solat, bacalah doa tersebut.       
 

Doa Kuat Hafalan

اللَّـهُـمَّ  إنـِّـي  أَسْــأَلـُكَ  بِـأَنِـّي  أَشْــهَـدُ  أَنـَّكَ  أَنـْتَ  اللهُ  الأَحَــدُ  الـصَّـمَـدُ،  الّـذِيْ  لَـمْ  يَـلِـدْ،  وَلَـمْ يُـوْلَـدْ،  وَلَـمْ  يَـكُـنْ  لَـهُ  كُـفُـوًا  أَحَــدٌ. الَّلـهُـمَّ  صَـلِّ  وَسَـلِّـمْ  عَـلَى  سَــيِّـدِنَـا مُـحَــمَّـدٍ  وَعَـلَى  سَــائِـرِ  الأَنـْبِـيَــاءِ. اللـهُـمَّ  اغْـفِــرْلَـنَـا  وَلإِخْــوَانِـنـَا  الَّـذِيْنَ  سَــبَـقُوْنـَا  بِالإِيــْمَـانَ.
الَّلـهُـمَّ  ارْحَـمْــنِـيْ  بِتَــرْكِ  الْـمَعـَـاصِــيْ  أَبَــدًا  مَـا  أَبْــقَيْــتَنِــيْ ، وَا رْحَـمْـــنِيْ  أَنْ  أَتَـكَـلــَّـفَ   مَـا  لاَ  يَـعْــنِيْنِـيْ ، وَارْزُقْـنِـيْ  حُسْــنَ  النَّـظَــرِ  فِيْـمَا  يُـرْضِيْــكَ  عَنِّـيْ.          
  اللَّـهُـمَّ  يَـا  بَـدِيْعَ   السَّــمـوَاتِ  واْلأ َرْضِ ، يَـا ذَا  الْجـَــلاَلِ  وَاْلإِكْــرَامِ ، وَالْـعِـزَّةِ  التَّـِيْ  لاَ  تُــرَامُ. أَسْــأَلـُكَ  يَـا  اَللهُ ، يَـا  رَحْـمَــنُ بِجَـلاَلِـكَ  وَنُــوْرِ وَجْــهِـكَ ، أَنْ  تَـلْــزَمَ  قَـلْـبِــيْ  حِـفْـظَ  كِـتَــابِكَ  كَــمَا  عَــلَّـمْتَنِـيْ ، وَارْزُقْـنِـيْ  أَنْ  أَتـْلُــوَهُ  عَـلَى  الـنَّـحْـوِ  الَّـذِي  يُـرْضِـيْـكَ  عَـنِّـيْ.                          
 اللَّـهُـمَّ  يَـا  بَـدِيْعَ  السَّــمـوَاتِ  واْلأَرْضِ ، يَـا ذَا  الْـجَــلاَلِ  واْلإِكْــرَامِ ، والْـعِـزَّةِ  التَّـِـيْ  لاَ  تُــرَامُ. أَسْــأَلـُكَ  يَـا اَللهُ ، يَـا رَحْـمــنُ ، بِـجَــلاَلِـكَ  وَنُــوْرِ  وَجْــهِـكَ ، أَنْ  تُـنَــوِّرَ  بِـكِـتَـابِـكَ  بَـصَــرِيْ ، وَأَنْ  تُـطْـلِـقَ  بِـهِ  لِسَــانِـيْ ، وَأَنْ  تُـفَــرِّجَ  بِـهِ  صَــدْرِيْ ، وَأَنْ  تَـغْـسِــلَ  بِـهِ  بَـدَنِـيْ ، فَـإِنـَّـهُ  لاَ  يُـعِيْـنُنِـيْ  عَـلَى  الْـحَـقِّ  غَيْرُكَ  وَلاَ  يُـؤْتِيْـنِيْـهِ  إِلاَّ  أَنـْتَ ، وَلاَ  حَــوْلَ  وَلاَ  قُـــــوَّةَ   إِلاَّ  بِـاللهِ  الْـعَلِـيِّ  الْـعَـظِيـْــمِ                                    

Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012

31 Ogos 2012 : Sempena  sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH,  mewakili Menteri Besar Johor.

Pertandingan yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta, Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Dato' Penggawa Barat nampak ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan  bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu pelbagai warna.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hj. Md. Razi bin Hj. Md. Jidi yang dibantu oleh pelajar-pelajar asrama yang bertungkus-lumus membuat persediaan.