KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5

19 September 2012: Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pelaburan PNB 2012 yang telah mengekalkan JOHON Peringkat Kebangsaan. SYABAS Kepada adik Nurfirza Shahirah bt Wari, adik Siti Syazwani bt Samiri dan adik Aminnur Rusydi b. Pairus. Tahniah kepada  Pn. Norizah bt. Abd, Karim, Pengurus pasukan Kuiz Pelaburan PNB, SMKDPB. 


Hadiah berupa Piala Pusingan dan RM5,000.00 untuk sekolah, RM1,000.00 unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan untuk setiap peserta (3 peserta)

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Kategori Sekolah Menengah) ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai konsep pelaburan di samping menanam minat di kalangan mereka untuk mendekati dan mempelajari bidang yang berkaitan dengan pelaburan serta perancangan kewangan.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan. 


Program pendidikan jangka panjang ini menekankan faedah melabur dan keuntungan yang diperolehi darinya serta turut menekankan konsep risiko dan pulangan.Penganjurannya mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengetua, Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom dan seluruh warga sekolah yang telah menyokong dan mendoakan kejayaan kepada pasukan sekolah mencapai kemenangan yangcemerlang.