PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

PROGRAM FIKRAH BAHASA SPM 2014

25-26 September 2014 – Program Fikrah Bahasa Melayu SPM Daerah Pontian telah diadakan di SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Program ini disertai oleh 160 orang pelajar dari 16 buah sekolah menengah di Daerah Pontian. SMKDPB telah menghantar 10 orang peserta. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Penceramah jemputan ialah Tn Hj Md Noor bin Abdullah dari Segamat dan dibantu oleh 25 orang fasilitator yang merupakan guru-guru di Daerah Pontian. Semoga para pelajar yang mengikuti program ini mendapat manfaatnya dan menyebarluaskan maklumat dan tips kepada rakan-rakan di sekolah.













PERTANDINGAN SUKAN LOMPAT TALI BERIRAMA DAN PRESTASI TINGGI – KEBANGSAAN TERBUKA 2014



Pada hari Sabtu 23 hb. Ogos, 2014, 12 orang ‘jumpers’ SMK Dato’ Penggawa Barat telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Sukan Lompat Tali & Fitball Robik Terbuka Kebangsaan 2014.  Pertandingan ini adalah anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Lompat Tali Malaysia (MARSIS). Kontigen Johor Darul Takzim dianggotai oleh 6 pasukan remaja dan 3 pasukan junior terlibat di dalam acara Sukan Lompat Tali Berirama dan Prestasi Tinggi.  Pertandingan tersebut telah diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.  Seramai  hampir 600 orang athlet dari seluruh Malaysia, termasuk Sarawak telah mengambil bahagian.  Acara yang dipertandingkan adalah:


Acara
Kategori
Sukan Lompat Tali Berirama
Junior
Remaja
Campuran
Lelaki
Perempuan
Sukan Lompat Tali Prestasi Tinggi
i)                     Speeding 30 saat
ii)                   Speeding 3 minit
iii)                  Triple Under
iv)                 Freestyle (45 – 75 saat)


Campuran


Lelaki


Perempuan
Fitball Robik
Tiada had umur dan saiz badan.
( 6 pasukan – mewakili Pejabat Kesihatan Negeri)
 
Secara keseluruhan, kontigen Johor telah berjaya menjadi Naib Johan di belakang negeri Perlis dengan membawa pulang 1 pingat emas,  3 pingat perak dan 1 pingat gangsa bagi acara yang disertai.  Perincian keputusan adalah seperti berikut:



Acara
Kedudukan
Peserta
Lompat Tali Prestasi Tinggi
Johan
Naib Johan
-          Remaja Lelaki: SMK Tasek Utara JB
-          Remaja Lelaki: SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian (Mohd. Afiq Izzanie b. Isnadi – 3MA
Lompat Tali Berirama:
Junior
Remaja


Naib Johan
Naib Johan

-          SK Tebrau, JB
-          SMK Tasek Utara, JB
Fitball Robik
Ketiga
-          Pej. Kesihatan JB


Keputusan penuh Pertandingan Sukan Lompat Tali Terbuka Kebangsaan Pulau Pinang 2014
yang melibatkan peserta-peserta SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian.



KATEGORI
KEDUDUKAN
(drp 23 pasukan bertanding)
NAMA KUMPULAN
Lompat Tali Berirama (Remaja)
11/23
ROPE ATTACK (Junior)
13/23
PHANTOM JUMPERS (Senior)



KATEGORI
KEDUDUKAN
(drp 55 orang bertanding)
PESERTA
Ting




Lompat Tali Prestasi Tinggi
(Remaja Lelaki)
2
Muhammad Afiq Izzanie b. Isnadi
3MA
7
Muhamad Hafizuddin b. Mohd. Azim
3CE
13
Mohd. Azlee b. Zahidi
3CE
22
Amril Mustaffar b. Dzulkarnain
2DA
26
Luqman Hakimi b. Syahrulhasyadin
1AK
35
Ahmad Hafizhudin b. Hamzah
2AS
42
Mohd. Farhan Aiman b. Norazam
2CA
46
Muhammad Zafri Adly b. Isnadi
1DA
50
Wafi’ Rafiqi b. Rosman
1CA
51
Danial Ihsan b. Yazit
3CE
52
Ahmad Haiqqal b. Hezry
1CA