MALAYSIAN 1st NATIONAL SEA SCOUTS GATHERING 2014


28-31 Ogos 2014 – Perhimpunan Pengakap Laut Kali Pertama Peringkat Kebangsaan 2014 telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Johor menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 36 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Peserta kontinjen Johor terdiri daripada 23 orang pelajar SMK Kota Masai (SKOMAS), 3 orang pelajar SMK Dato’ Penggawa Timur (SMKDPT), 4  orang pelajar SMK Dato’ Penggawa Barat (SMKDPB) dan 6 orang pelajar SMK Sri Perhentian (SSP).
Majlis perasmian pembukaan disempurnakan  oleh Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh, Ketua Pengakap Negara sementara penutupan rasmi disempurnakan oleh Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Pelbagai aktiviti yang berkaitan ilmu kepelautan dijalankan bagi mendedahkan para peserta dengan ilmu pengakap laut.Dalam 11 pertandingan yang diadakan negeri Johor membawa pulang 4 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa. SMKDPB menyumbang 2 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa.
Penyumbang  pingat emas SMKDPB ialah Muhammad Idzham bin Hamdan menerusi pertandingan ikatan dan simpulan, Muhammad Asrul Haziq bin Anuar menerusi pertandingan Isyarat Semaphore, dan pingat perak dan gangsa menerusi Muhammad Ariff Helmi bin Anuar dalam pertandingan simpulan dan ikatan serta kuiz pendidikan marin. Tahniah kepada para peserta yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. SDPB Menjuarai...