KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH TERBUKA PIALA TNB JOHOR 2014

30-31 Ogos 2014 – Pasukan Hoki SMKDPB telah menyertai kejohanan tersebut yang menyaksikan puluhan pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian. Antara yang mengambil bahagian ialah Sekolah-sekolah Sukan Negeri, Sekolah-sekolah Premier Hoki dan Sekolah Sukan Malaysia. Kedua-dua pasukan hoki SMKDPB A dan SMKDPB B merupakan satu-satunya pasukan sekolah harian yang mara ke pusingan kedua bagi kategori lelaki Bawah 16 Tahun. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak. Selamat Maju Jaya.