PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

LAWATAN ILMIAH KE TERENGGANU 2014

12-14 September 2014 – Lawatan Penanda Aras dan Teknik Menjawab Bahasa Arab SPM telah disertai oleh pelajar-pelajar 5 Anggerik. Lawatan ini diiringi oleh Pn Hjh Zaiton, Pn Ummu Atikah, Pn Rashidah dan Pn Nur Amizah. Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Imtiaz Kuala Terengganu ini bertujuan membuka minda para pelajar dan mengamalkan nilai-nilai positif yang diperoleh.
                Seterusnya para pelajar menyertai Teknik Menjawab Bahasa Arab SPM di SMK Tengku Intan Zahrah, Dungun, Terengganu. Program ini bertujuan memantapkan para peserta dengan teknik dan tips menjawab soalan Bahasa Arab.
Terima kasih kepada Sekolah Imtiaz Kuala terengganu dan SMK Tengku Intan Zahrah, Dungun.