Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja Peringkat Kebangsaan 2014

12- 15 September 2014 – Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja Peringkat Kebangsaan 2014 telah diadakan di Hotel Orkid Melaka. Salah seorang pelajar SMKDPB iaitu Siti Nurfadzrinisha bt Mohamed Haffeny ( 4 KA ) telah terpilih mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Beliau terpilih antara 46 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Dalam program ini beliau telah dibimbing oleh En Ramli Abu ( Puisi Tradisional ), En Ghani Abu, Dr Mohd Jusoh Majid dan Dr Shamsudin ( Penulisan Bukan Kreatif ) dan Salina Ibrahim ( Penulisan Kreatif ). Semoga bimbingan yang diberikan oleh pakar-pakar penulisan daripada Bahagian Pembinaan Bakat  & Kepakaran , Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DPB membuahkan hasil kepada Siti Nurfadzrinisha.

Kita nantikan kemunculan hasil karya beliau dalam 

Majalah Pelopor Edisi Ke-50.