ANUGERAH RAMBU PENGAKAP MUDA - KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

7 November 2015 - Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Muda peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini sempena Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana Muda di SMK Taman Nusajaya Gelang Patah. Seramai 25 peserta dari seluruh negeri Johor terlibat dan 2 orang  wakil SMKDPB yang layak menerimanya. Pelajar tersebut ialah Muhammad Ariff Helmi dan Nursyaidatul Adlin. Mereka menerima Rambu Hijau dan Sijil Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Rambu dan sijil disampaikan oleh Tn Hj Yaacob bin A.Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tahniah diucapkan.