KONVENSYEN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2015

23-25 Nov 2015 - Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi telah berlangsung di Institut Aminudin Baki, Genting, Highlands, Pahang. Seramai 239 peserta menghadiri konvensyen ini termasuklah En Anuar bin Salleh. Konvensyen ini bertujuan mendedahkan pelbagai teknik dan cara pendidik berhadapan dengan masalah serta mengatasinya dalam konteks pendidikan dan pembelajaran. Sebanyak 20 kajian tindakan dibentangkan  manakala sebanyak 146 penyertaan kajian tindakan diterima. En Anuar telah menghantar kajian tindakan yang bertajuk 'Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Penulisan Karangan Menggunakan Kad PRESS Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Cemara'.