KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

12-14 November 2015- Kem Pendidikan Maring Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 telah diadakan di Taman Laut, Pulau Payar, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman. Seramai 8 orang peserta dari seluruh negeri Johor mewakili kontinjen Johor ke sana. Peserta SMKDPB iaitu Muhammad Luqman Hakim bin Md Anisak menjadi peserta tunggal SMKDPB dan beliau telah berjaya mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan kuiz marin peringkat kebangsaan. Syabas dan tahniah!.