Tahniah! Kontigen Perarakkan Terbaik Majlis Perarakkan Maulidur Rasul Peringkat Daerah 1434





                     24 Jan 2013 : Syabas dan Tahniah kepada pasukan kita                              
               kerana telah dinobatkan sebagai Kontingen Perarakkan 
               Terbaik sempana Majlis Perarakkan Maulidur Rasul 
            Peringkat Daerah 1434.


Kejohanan Hoki 4 Penjuru L/P bawah 18

 

Kejohanan Hoki 4 Penjuru L/P18 

Sek. Men. Keb.Dato' Penggawa Barat , Pontian, SM Sains Johor, Sek. Men. Dato' Bentara Luar,BP dan SSN Tun Hussein Onn,Klg bertempat: Sek. Men. Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor pada 24 Jan 2013.

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 Ambilan ke-2

21 Januari 2013: Seramai 28 orang pelajar baru tingkatan 1 aliran KRK dan KK telah diterima masuk sebagai warga baru SMKDPB. Sebelum ini seramai 5 orang warga baru dari aliran KAA telah mendaftar untuk ambilan ke-2.

Diharapkan semua pelajar yang terpilih untuk ambilan yang ke-2 ini akan dapat meneruskan lagi kegemilangan SMKDPB.

Majlis Pelancaran 'Perfect Score Milikku' 2013

21 Jan 2013 : Majlis Pelancaran 'Perfect Score' Milikku telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis telah diakhiri dengan ikrar 'Perfect Score' daripada seluruh warga pelajar dan penyerah dokumen TOV PMR, SPM & STPM kepada Tuan Pengetua.

PENGUMUMAN: PELAJAR SPM 2011

Kepada bekas pelajar SPM 2011 yang masih belum mengambil gambar Majlis Graduasi 2011 boleh mengambilnya pada waktu persekolahan. Sila berjumpa Cikgu Shairul Azman / Cikgu Anuar Salleh.  Kepada bekas pelajar yang tidak dapat datang untuk mengambil gambar boleh menghantar wakil . Terima Kasih.

MERENTAS DESA 2013

17 Jan - Acara merentas desa 2013 telah diadakan pada pagi ini.Acara dimulakan dengan senam robik. Para peserta dilepaskan oleh Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB. Acara pada pagi ini dikategorikan kepada Bawah 13 Tahun ( B13), Bawah 15 Tahun (B15), Bawah 18 Tahun ( B18 ) dan Pra-Universiti. Sebanyak 4 buah rumah sukan terlibat iaitu Bendahara ( Kuning ), Laksamana ( Hijau ), Temenggung ( Biru ) dan Panglima ( Merah ). Keputusan rasmi pada pagi ini diungguli oleh Rumah Bendahara. Tahniah dan Syabas!

Keputusan Pertandingan:

JOHAN           :   Bendahara = 861 mata
NAIB JOHAN :  Panglima    = 841 mata
KE-TIGA         :  Temenggungm = 686 mata
KE-EMPAT     :  Laksamana = 655 mata




Majlis Graduasi Pelajar PMR 2012

Tahniah!
Seramai 140 barisan pelajar cemerlang PMR 2012


15 Jan 2013 – Majlis Graduasi pelajar-pelajar cemerlang PMR 2012 telah diadakan di dewan Sri Gemilang dengan kehadiran ramai ibu bapa pelajar untuk memberi penghargaan dan sokongan penuh terhadap pencapaian anak-anak kesayangan mereka. Majlis ini telah disajikan dengan ucapan pembuka bicara dari Yang Berbahagia, ayahanda pengetua seterusnya disempurnakan oleh Datuk Nasir Bin Safar, Yang Dipertua PIBG SMKDPB.

Saya percaya, semangat juang yang kental dan sikap mandiri pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang mendapat ‘perfecr score’ wajarlah menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar-pelajar yang masih lagi meneruskan perjuangan di sekolah ini, supaya dapat mencipta kecemerlangan dan seterusnya menjadi modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing dalam pasaran global...” –Pengetua

Barisan Guru & Ibubapa anak-anak Cemerlang PMR 2012 yang hadir

Hari Terbuka Tingkatan 1 2012

11 Januari 2013: Hari Terbuka tingkatan 1 tahun 2012 telah dijalankan di Dewan Seri Gemilang. Seramai 183 orang murid bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing telah bersua muka bersama guru tingkatan masing-masing bagi membincangkan perkembangan murid sepanjang 2012 serta perancangan 2013.
 
Menurut PK Pentadbiran, En Shaphri beliau  menyatakan bahawa Hari Terbuka yang dijalankan pada awal 2013 adalah bertujuan bagi memberikan maklumat perkembangan murid sepanjang tahun 2012 dan mengatur strategi dengan perlaksanaan sistem PBS apabila murid berada ditingkatan 2.

Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan objektif tercapai. Terima kasih kepada semua ajk atas kerjasama yang diberikan.









TAKLIMAT PENGISIAN BORANG PMR , PLBS, PEKA, PAFA DAN Kerja Kursus 2013.


10 Jan – Satu taklimat telah diadakan kepada semua pelajar Tingkatan Tiga 2013 berkaitan pengisian borang Penilaian Menengah Rendah (PMR). Taklimat ini disertai semua pelajar PMR 2013 seramai 215 calon. Taklimat disampaikan oleh Setiausaha peperiksaan. Seterusnya taklimat PLBS, PEKA, PAFA dan Kerja Kursus telah disampaikan oleh ketua pentaksir sekolah. Tujuan taklimat ini diadakan supaya pelajar-pelajar memahami bentuk penilaian yang akan dinilai sepanjang tahun 2013.  Taklimat bermula pada pukul 10.05 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari









Seri 1-1 : Perlawanan Hoki Persahabatan Antarabangsa 2013


8 Jan 2013 : Perlawanan persahabatan pada Sabtu, 5 Jan 2013 berjaya meningkatkan prestasi pemain-pemain muda bawah 15 tahun pasukan hoki sekolah. Perlawanan telah bermula jam 9 pagi di Stadium Hoki Taman Daya,Johor Bahru dengan berakhir keputusan seri 1-1.Perlawanan yg menarik dan telah menjalinkan hubungan persahabatan rakan antarabangsa Selat Tebrau.

Friendly VS St Andrew's Secondary Singapore Hockey


Pelancaran Program Budaya Membaca (NILAM) 2013



Ulasan buku Inggeris oleh
 MUHAMMAD MUHIBBUDDIN FADHLULLAH BIN YUSOF 
7 Jan 2013: Membaca merupakan satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan tinggi, manusia dapat mencipta kejayaan gemilang seterusnya membentuk satu tamadun terbilang. Pada hari ini, Program Budaya Membaca Peringkat Sekolah telah dilancarkan oleh Pengetua Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom. Program Budaya Membaca diadakan bertujuan untuk mendidik tabiat suka membaca dikalangan para pelajar khususnya warga pelajar SMK Dato' Penggawa Barat. 
 Ulasan buku Minda Separa Sedar
 oleh 
WAFA’ RAIHANA BINTI ROSMAN

Gotong Royong Bilik Guru 2013

5 Jan 2013 : Program Gotong Royong Bilik Guru 2013 telah diadakan bertujuan untuk mengekalkan persekitaran yang kondusif dan ceria Bilik Guru dan bilik-bilik khas di sekolah. Program bermula pada jama 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Tahniah : Johan Sumbangan Tertinggi Bank Kutipan Kitar Semula 2012

3 Jan 2013 : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Johor telah menganugerahkan SMK Dato' Penggawa Barat sebagai Johan, Anugerah Tahunan Program Bank Kitar Semula, kategori sekolah menengah pada 17 Nov 2012 yang lalu  bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bharu . SMK Dato' Penggawa Barat, dari daerah Pontian menjuarai tempat pertama dengan kutipan sejumlah 12,600 Kg. Manakala tempat pertama kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh SK Dato' Wan Idris dari daerah Segamat. Dengan kemenangan tersebut sekolah kita telah menerima wang tunai sebanyak RM1300. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi komitmen yang unggul dalam melaksanakan program tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada Tn.Hj.Md Razi Md Jidi selaku Ketua Projek Kitar Semula SMKDPB. Syabas dan Tahniah.
Sebahagian daripada pelajar yang menerima hadiah berupa hamper serta wang tunai diterima oleh SMKDPB daripada pihak PPSPPA . Sebelah tengah , Pengarah PPSPPA, YB Tuan Munusamy  dan Pengetua SMKDPB

Peserta Larian Jom Kitar Semula 
Majlis disempurnakan YB. Tuan Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor bersama Dato’ Burhan Amin, Datuk Bandar JB dan  bersama En. Zainal Fitri bin Hj. Ahmad, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor.   Bagi kategori Sekolah Menengah , SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian  di tempat pertama dengan sumbangan Kutipan Bank Kitar Semula  sepanjang  tahun  2012 sebanyak  12,600 kg manakala SK Dato’ Wan Idris, Segamat menyumbang sebanyak  3,500  kg. Kedua-dua buah sekolah menerima wang tunai sebanyak RM 1,300 daripada pihak PPSPPA.   Tuan Hj. Hashim bin Mohd Dom , pengetua SMKDPB mengatakan bahawa kejayaan pihak sekolah  mengumpul jumlah sumbangan tersebut kerana wujudnya semangat kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah khususnya para ibu bapa, guru  melalui PIBG dan pelajar serta Tuan Hj. Md Razi Md Jidi selaku ketua penyelaras bagi menjayakan Program Kelab Kitar Semula peringkat sekolah yang baru dtubuhkan sejak tahun 2011 serta galakan daripada pihak PPSPPA Pontian yang diketuai  En. Mohd Rozai Rafiz bin Mohd Rohani..

         Majlis penganugerahan disempurnakan bersama Program Larian Jom Kitar Semula dan Habitat 2012 disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada para pelajar, remaja, dewasa, veteran dan kalangan VIP  lelaki dan perempuan serta ‘ Fun Run ‘ yang bermula pada jam 8.00 pagi.mengikut jarak larian yang ditetapkan bermula dari Padang Dataran Bandaraya J.B. Majlis Larian ini juga diakhiri dengan cabutan nombor bertuah dengan penyampaian  hadiah-hadiah kepada para pemenang berupa barangan elektrik dan sebuah motorsikal.  


Pengumuman: Pakaian Murid Hari Pertama Sesi 2013 (2 Januari 2013)

Pengumuman Kepada Semua Murid SMKDPB:

Semua murid diminta untuk memakai Pakaian Seragam Sekolah pada hari pertama persekolahan sesi 2013. Harap maklum.

Arahan Tn. Pengetua

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2013



1 Januari 2013 -  Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu 2013 bermula pada hari ini seawal jam 8.00 pagi. Seramai 273 orang pelajar dari daerah Pontian ditawarkan ke SMKDPB melalui Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Kawalan (KK). Majlis dimulakan dengan Taklimat PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) kepada para ibu bapa dan pelajar. Taklimat ini disampaikan oleh        En Wan Suhaimi bin Wan Muhammad ( Pegawai PPD ). Dalam taklimat ini ibu bapa diberikan penerangan tentang PBS dan cara penilaian yang dilaksanakan.
       Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Hashim Mohd Dom (Pengetua SMKDPB). Beliau mengalu-alukan kedatangan  pelajar ke SMKDPB dan seterusnya  berbesar hati menerima kedatangan warga baru SMKDPB. Tn Hj Hashim juga mengajak warga baru SMKDPB mengharumkan nama SMKDPB ke peringkat tertinggi.
      Ucapan perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad ( Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian). Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang terpilih ke SMKDPB. Beliau juga menyeru para pelajar agar bersaing secara sihat dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum  berterusan.
     Seterusnya, para ibu bapa bersama-sama anak-anak pelajar membeli keperluan buku dan peralatan persekolahan di koperasi. Bagi para pelajar yang ditawarkan tinggal di asrama pula, mereka terus mendaftar di asrama SMKDPB dan diberikan bilik-bilik yang telah ditetapkan. Proses pendaftaran selesai pada jam 1.00 petang.