Tahniah : Johan Sumbangan Tertinggi Bank Kutipan Kitar Semula 2012

3 Jan 2013 : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Johor telah menganugerahkan SMK Dato' Penggawa Barat sebagai Johan, Anugerah Tahunan Program Bank Kitar Semula, kategori sekolah menengah pada 17 Nov 2012 yang lalu  bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bharu . SMK Dato' Penggawa Barat, dari daerah Pontian menjuarai tempat pertama dengan kutipan sejumlah 12,600 Kg. Manakala tempat pertama kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh SK Dato' Wan Idris dari daerah Segamat. Dengan kemenangan tersebut sekolah kita telah menerima wang tunai sebanyak RM1300. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang telah memberi komitmen yang unggul dalam melaksanakan program tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada Tn.Hj.Md Razi Md Jidi selaku Ketua Projek Kitar Semula SMKDPB. Syabas dan Tahniah.
Sebahagian daripada pelajar yang menerima hadiah berupa hamper serta wang tunai diterima oleh SMKDPB daripada pihak PPSPPA . Sebelah tengah , Pengarah PPSPPA, YB Tuan Munusamy  dan Pengetua SMKDPB

Peserta Larian Jom Kitar Semula 
Majlis disempurnakan YB. Tuan Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor bersama Dato’ Burhan Amin, Datuk Bandar JB dan  bersama En. Zainal Fitri bin Hj. Ahmad, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor.   Bagi kategori Sekolah Menengah , SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian  di tempat pertama dengan sumbangan Kutipan Bank Kitar Semula  sepanjang  tahun  2012 sebanyak  12,600 kg manakala SK Dato’ Wan Idris, Segamat menyumbang sebanyak  3,500  kg. Kedua-dua buah sekolah menerima wang tunai sebanyak RM 1,300 daripada pihak PPSPPA.   Tuan Hj. Hashim bin Mohd Dom , pengetua SMKDPB mengatakan bahawa kejayaan pihak sekolah  mengumpul jumlah sumbangan tersebut kerana wujudnya semangat kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah khususnya para ibu bapa, guru  melalui PIBG dan pelajar serta Tuan Hj. Md Razi Md Jidi selaku ketua penyelaras bagi menjayakan Program Kelab Kitar Semula peringkat sekolah yang baru dtubuhkan sejak tahun 2011 serta galakan daripada pihak PPSPPA Pontian yang diketuai  En. Mohd Rozai Rafiz bin Mohd Rohani..

         Majlis penganugerahan disempurnakan bersama Program Larian Jom Kitar Semula dan Habitat 2012 disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada para pelajar, remaja, dewasa, veteran dan kalangan VIP  lelaki dan perempuan serta ‘ Fun Run ‘ yang bermula pada jam 8.00 pagi.mengikut jarak larian yang ditetapkan bermula dari Padang Dataran Bandaraya J.B. Majlis Larian ini juga diakhiri dengan cabutan nombor bertuah dengan penyampaian  hadiah-hadiah kepada para pemenang berupa barangan elektrik dan sebuah motorsikal.