Penyampaian Sumbangan Bencana Alam kepada Elly Nadia 4 Kenanga

29 Feb 2012 : Elly Nadia dari kelas 4 Kenanga telah menerima sumbangan wang sejumlah RM100.00 Wang Tabung Bencana Alam Sekolah sebagai ihsan daripada pihak sekolah. Semoga dengan pemberian ini dapat meringankan bebanan keluarga Elly Nadia.

Majlis Pelancaran Program 'Perfect Score' Milikku 2012

28 Feb 2012 : Tepat jam 7.15 pagi Majlis Pelancaran Program 'Perfect Score' Milikku 2012 telah diadakan sebagai satu langkah untuk memotivasikan pelajar untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan awam PMR, SPM dam STPM. Warga pelajar SMK Dato' Penggawa Barat akan menerima amanat daripada Tuan Pegawai PPD Pontian dan berbai'ah (berikrar) untuk memberi fokus bagi mencapai kegemilangan dalam peperiksaan yang akan diduduki nanti. Majlis pada pagi ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Msduki bin Hj Shahri, Pegawai PPD Pontian

Majlis Sambutan Maulidur Rasul, 3 Rabiul Akhir 1433

25 Februari 2012 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB. Pelbagai aktiviti manarik telah diadakan antaranya ialah Majlis Penyembelihan Aqiqah oleh guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat, Majlis Rewang mulai 8.30 pagi 24 Feb 2012 yang disertai oleh guru-guru sesi petang, diikuti dengan Majlis Rewang 2.30 untuk guru-guru sesi pagi, Majlis perarakan, Ucapan Pengetua, Ceramah Khas oleh Ustaz Shamsul Rizay bin Saari, Pagawai Hal Ehwal Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pontian, Kuiz, Anugerah Pelajar Mithali, Anugerah Tokoh Guru, Penyampaian Cenderemata, Persembahan Nasyid, Pentomen dan Doa Keselamatan dan Kejayaan Pelajar Majlis diakhir dengan Jamuan makan tengah hari..

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulid itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Tahniah, kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi komitmen yang cemerlang dalam melaksanakan program ini.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar sambutan Maulidur Rasul seterusnya sila klik di sini

Sukantara 2012

22-23 Februari 2012: Aktiviti sukantara telah dijalankan selama 2 hari dengan jayanya. Pelajar sesi pagi menjalankan aktiviti pada sebelah petang sementara pelajar sesi petang pula di sebelah pagi.

Acara sukantara yang dipertandingkan ialah acara balapan: 100m, acara padang: lontar peluru dan lompat jauh.

Secara amnya, aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti rutin tahunan di mana ahli-ahli rumah sukan akan cuba bersaing mengumpul mata bagi rumah sukan masing-masing. Hasil daripada mata sukantara, merentas desa, acara pra kejohanan padang/balapan dan acara akhir kejohanan padang/balapan akan menyumbangkan mata keseluruhan rumah sukan tersebut.



Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012

20 Feb 2012 - Sambutan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 telah diadakan di SMK Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor mulai 17hb hingga 18 Feb 2012. Sekali lagi sekolah kita, telah menempa kejayaan kerana telah dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 dengan memperoleh hadiah bernilai RM20,000.00 daripada Perbadanan Permodalan Nasional Berhad. Kelab Pelaburan Bijak PNB telah ditubuhkan pada Sabtu, 22 April 2000, bersamaan 17 Muharram, 1412 Hijrah sempena Minggu Saham Amanah Malaysia yang pertama, agenda tahunan negara yang dianjurkan oleh PNB. Penubuhannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu, Y.B Tan Sri Dato' Sri Musa bin Mohammad, di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC). Lebih 5000 orang pengunjung telah menghadiri ke gerai-gerai pameran yang diadakan sempena sambutan hari tersebut.
Objektif kelab ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menyampaikan pengetahuan tentang dunia pelaburan melalui maklumat dan pendidikan secara berterusan, memupuk dan menekankan kepentingan budaya menabung dan merancang kewangan demi keperluan masa depan, menjadi ejen untuk
menyebarkan pendidikan pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia, membentuk satu saluran komunikasi yang berterusan, mewujudkan ikatan kemesraan dan kesetiaan dalam suasana kekeluargaan.


Sila lihat pautan gambar aktiviti-aktiviti Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012
di sini.

Karnival Layang-layang Sedunia kali-7, 2012

19 Februari 2012. Sekali lagi sekolah kita telah mencipta sejarah di atas kejayaan mewakili negara dalam Pertandingan Layang-layang, sempena 'Karnival Layang-layang Sedunia kali-7' yang telah diadakan mulai 14hb hingga 19 Februari 2012, bertempat di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Tahniah diucapkan kepada sekolah kita kerana meletakkan negara kita di tempat ke-10 daripada 150 buah negara yang mengambil bahagian, antaranya seperti Jepun, Korea German, Francis, Combodia, Singapura, Indonesia, Australia, Filipina, China dan lain-lain lagi.


Sekolah kita telah mencapai tempat ke-8 bagi kategori 'Malay Kite' dan tempat ke-10 bagi kategori 'Wau Bulan'. Walau bagaimana pun, layang-layang sekolah kita jenis 2D-Dwl kite telah putus talinya akibat angin kencang pada ketinggian altitude 300-400 kaki dari paras laut.



Pelajar-pelajar yang telah mewakili SMKDPB ialah
  • Umar Basyir Ahmad paiman,
  • Mohd Mustakim Othman,
  • Fakhrul Ramzi
  • Amirul Syafi Masuri.

Guru penasihat bagi pertandingan tersebut ialah
  • En.Rashid b.Saini
  • Selamat b.Rashid

Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 - keratan akhbar Harian Metro 19 Februari 2012


Sila klik pada imej atau di sini untuk paparan keratan akhbar yang lebih jelas.
Untuk melihat gambar-gambar sekitar Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB, sila klik di sini.

HARI KELAB PELABURAN BIJAK PNB PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012



TARIKH: 17 DAN 18FEBRUARI 2012

HARI : JUMAAT DANSABTU

MASA 7.30 PAGI-5.30 PETANG


TEMPAT:
SMK DATO' PENGGAWA BARAT, PONTIAN.



PERASMIAN OLEH :
YBHG TAN SRI DATO SRI HAMAD KAMAPIAH BIN CHE OTHMAN (PRESIDEN DAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN PNB)


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI , PELBAGAI AKTIVITI MENARIKAKAN DIADAKAN. LEBIH 300 BOOTH PAMERAN DARI AKPK, BNK NGRA, KPDNKK, ETIQA, ASNBDAN BANYAK LAGI

PENAMPILAN KHAS
USTAZ ZULKARNAIN OASIS (PENGACARAIMAM MUDA) DAN RAMAI LAGI

SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN YANG PASTI AKAN DAPATMEMBANTU ANDA SEMUA MERANCANG DAN MENGURUS KEWANGAN DENGAN LEBIH BIJAK.

JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Kursus Profesionalisme Guru Ke-2 " Sekolah Selamat"

11 Feb 2012 - Kursus Pengurusan Sekolah Selamat telah diadakan . Seramai  92 peserta guru telah menyertai kursus tersebut. Pembentangan pertama telah disampaikan oleh Mr.Kent Ng dari 'Fire Prevention Centre' bertajuk Pencegahan Kebakaran. Pembantangan kedua telah disampaikan oleh En.Mohd. Khidir bin Ibrahim bertajuk 'Sekolah Bestari' dan diikuti Bengkel Pengurusan Kelas yang telah dikendalikan oleh En.Mohd Shapri bin Yusof.


"Gergasi Sri Perhentian" Tumbang di Halaman Sendiri


Suasana sepi bertukar menjadi bergema, apabila sekali lagi Sekolah kita telah menggegarkan Padang Hoki Majlis Daerah Pontian, yang merupakan laman latihan SMK Sri Perhentian.

Buat pertama kalinya dalam lakaran sejarah Pasukan Hoki Lelaki bawah 18 tahun dan Pasukan Hoki Perempuan bawah 18 tahun SMK Dato’Pengawa Barat mendapat JOHAN  di dalam Kejohanan Hoki MSS Daerah Pontian 2012. Bagi Pasukan Hoki Perempuan bawah 18 tahun SMK Dato’Pengawa Barat telah mengalahkan Pasukan Hoki Perempuan bawah 18 tahun SMK Seri Tanjung dengan jaringan 2-0.  Pasukan Hoki Lelaki bawah 18 tahun  SMK Dato’Penggawa Barat telah menewaskan Pasukan Hoki Lelaki bawah 18 tahun  SMk Sri Perhentian dengan jaringan panalti 3-2.






Syabas dan Tahniah, kepada kedua-dua pasukan hoki sekolah di atas pencapaian yang telah diperoleh.

MAJLIS PERPISAHAN

8 Februari 2012 - Satu Majlis Perpisahan telah diadakan untuk meraikan En Riduan bin Ramli yang telah berpindah ke SMK Dato' Mohd. Yunus Sulaiman, Pekan Nenas pada 15 November 2011. Majlis anjuran Kelab Bilik Guru telah diadakan dengan meriahnya. Selama 17 tahun beliau menabur bakti di SMKDPB iaitu sejak tahun 1993. Terima Kasih! Jasamu Dikenang!.

MERENTAS DESA 2012

1 Februari 2012: Acara Merentas Desa 2012 telah berlangsung dengan jayanyapada pagi ini. Pelajar-pelajar SMKDPB begitu bersemangat ketika mengambilbahagian dalam acara ini. Para peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. En Mohd Shahpri, Penolong Kanan Pentadbiran telah melepaskan peserta-peserta pada pagi ini. Secara keseluruhannya Rumah Panglima menjadi johan dalam acara ini, diikuti RumahLaksamana, Rumah Bendahara dan Rumah Temenggung. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!




MESYUARAT KONVENSYEN PNB KALI KE-3

Mesyuarat Konvensyen PNB dan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB Kali Ke-3 berlangsung pada 31.1.2012 bertempat di Bilik Wawasan SMKDPB. Mesyuarat ini diadakan susulan untuk memastikan perjalanan Hari Konvensyen dan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB berlangsung dengan lancar. Mesyuarat ini dihadiri oleh 6 orang wakil PNB serta guru-guru SMKDPB. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan sempurna.


SAMSUNG IT'S GALAXY NOTE FOR DATO' PENGGAWA BARAT