Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012

20 Feb 2012 - Sambutan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 telah diadakan di SMK Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor mulai 17hb hingga 18 Feb 2012. Sekali lagi sekolah kita, telah menempa kejayaan kerana telah dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 dengan memperoleh hadiah bernilai RM20,000.00 daripada Perbadanan Permodalan Nasional Berhad. Kelab Pelaburan Bijak PNB telah ditubuhkan pada Sabtu, 22 April 2000, bersamaan 17 Muharram, 1412 Hijrah sempena Minggu Saham Amanah Malaysia yang pertama, agenda tahunan negara yang dianjurkan oleh PNB. Penubuhannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu, Y.B Tan Sri Dato' Sri Musa bin Mohammad, di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC). Lebih 5000 orang pengunjung telah menghadiri ke gerai-gerai pameran yang diadakan sempena sambutan hari tersebut.
Objektif kelab ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menyampaikan pengetahuan tentang dunia pelaburan melalui maklumat dan pendidikan secara berterusan, memupuk dan menekankan kepentingan budaya menabung dan merancang kewangan demi keperluan masa depan, menjadi ejen untuk
menyebarkan pendidikan pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia, membentuk satu saluran komunikasi yang berterusan, mewujudkan ikatan kemesraan dan kesetiaan dalam suasana kekeluargaan.


Sila lihat pautan gambar aktiviti-aktiviti Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012
di sini.