PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

Program 3K : Ceramah Aids & Telesemia Oleh Pejabat Kesihatan dan Bahaya Dadah Oleh AADK

28 dan 29 Mac 2012: Satu ceramah berkaitan dengan penyakit Aids dan telesemia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah dianjurkan sempena Minggu Program 3K peringkat sekolah. Ceramah ini telah dijalankan di dewan Makan Asrama dengan pelajar tingkatan 1 sebagai peserta.

Pada 29 Mac 2012 pula, ceramah berkenaan Bahaya Penyalahgunaan Dadah telah diberikan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pontian. Ceramah ini telah dijalankan di Dewan Seri Gemilang dengan semua pelajar sesi petang terlibat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM DAN STPM 2011

28 MAC 2012 : Majlis Graduasi Cemerlang SPM & STPM 2011 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat. Seramai 164 orang pelajar telah menerima sijil kecemerlangan yang telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB.

Tahniah kepada semua calon SPM kerana telah mengharumkan nama sekolah dan daerah dengan pencapaian GPS 1.97 , menduduki tempat ke-3 Sekolah Kawalan Negeri Johor dan tempat ke-9 daripada 243 sekolah terbaik di seluruh negeri Johor.

Untuk melihat gambar-gambar seterusnya sila klik di sini.

Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Pontian 2012


Pada 26 hingga 29 Mac yang lalu, Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Pontian 2012 telah berlangsung di padang SMK Dato' Ali Haji Ahmad. Tidak seperti tahun-tahun lalu, tahun ini SMKDPB ditugaskan di bawah Peralatan yang diketuai oleh En Razlan Hamidon. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bekerja keras sebagai AJK Peralatan bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.

Pencapaian atlit pada tahun ini adalah sangat membanggakan. Ini dibuktikan dengan kedudukan yang telah diperolehi iaitu di tangga ke7 dari 16 buah sekolah berbanding di tempat ke 9 pada tahun 2011. SMKDPB telah berjaya merangkul 4 emas, 6 perak dan 5 gangsa. Berikut merupakan senarai penyumbang pingat.

Pingat Emas
1. Acara Lompat Jauh Lelaki 13 Tahun
    Mehmed Zaim Elqayum bin Razali
    Beliau telah berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan lompatan terbaik 5.08 meter.
2. Acara 400m Lelaki 13 Tahun
     Mehmed Zaim Elqayum bin Razali
3. Acara Lompat Jauh Perempuan 15 Tahun 
    Nurdianah binti Bachik 
4. Acara Lompat Tinggi Lelaki 18 Tahun
    Mohd Aminudin bin Abd Aziz
Pingat Perak
1. Acara 4 x 400m Lelaki 13 Tahun
    Mehmed Zaim Elqayum Razali, Mohamad Nor Safi Azizy, Mohd Azlee Zahidi, 
Muhammad Harith Mat  Zaini, Mohd Hafizuddin Mohd Azim
2. Acara 4 x 400m Perempuan 13 Tahun
Puteri Anis Sofea Mohd Adib, Nur Hanis Rabu, Siti Nurhidayah Mohammad Usri, Siti Nur Faezah Shafiee, Nur Khalisa Hana Mohd Khalid
3. Acara 400m Lelaki 13 Tahun
Mehmed Zaim Elqayum bin Razali 
4. Acara  Lompat Jauh Lelaki 13 Tahun 
Muhd Hafizuddin Abd Rahim
5. Acara 800m Perempuan 18 Tahun 
Nurul Izzah Nadhihah Kamarolzaman
6. Acara Lempar Cakera Lelaki 18 Tahun
Mohd Asyraf Hamdan

Pingat Gangsa

1. 1. Acara 4 x 100m Lelaki 13 Tahun
    Mehmed Zaim Elqayum Razali, Mohamad Nor Safi Azizy, Mohd Azlee Zahidi, 
Mohd Arafat Johari, Mohd Hafizuddin Abd Rahim
2. Acara 4 x 100m Perempuan 13 Tahun
Puteri Anis Sofea Mohd Adib, Nur Hanis Rabu, Siti Nurhidayah Mohammad Usri, Siti Nur Faezah Shafiee, Nur Khalisa Hana Mohd Khalid
3. Acara 200m Perempuan 13 Tahun
Puteri Anis Sofea Mohd Adib
4. Acara Lompat Tinggi Perempuan 15 Tahun
Nur Dianah Bachik
5. Acara Lompat Jauh Perempuan 18 Tahun
Nuraini Giran
Selain itu,  Mehmed Zaim Elqayum bin Razali telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki 13 Tahun dan seterusnya sebagai Olahragawan MSSD 2012



Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penyumbang pingat. Diharapkan semoga atlit yang berjaya mewakili daerah dapat mengharumkan nama Pontian di MSSJ nanti.Tidak lupa buat semua ahli kontigen MSSD 2012 termasuklah para atlit dan para guru yang telah bekerja keras demi memastikan kecemerlangan sukan  sekolah. Semoga dengan kejayaan ini akan meniupkan semangat kepada semua warga SMKDPB untuk lebih cemerlang dalam arena sukan. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

PERINGATAN KEPADA BAKAL PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM DAN STPM 2011

Sukacita dimaklumkan kepada penerima Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM 2011 yang akan berlangsung pada 28 Mac 2012 ( Rabu ) supaya mematuhi arahan yang terdapat dalam surat jemputan rasmi. Diharapkan agar penerima anugerah supaya dapat datang lebih awal ( sebelum pukul 7.00 pagi) bagi melicinkan perjalanan majlis.


* Pelajar Lelaki:
- Berbaju kemeja lengan panjang dan berseluar panjang ( seluar jeans tidak dibenarkan)
- Rambut pendek ( tidak diwarnakan). Pelajar Muslim diwajibkan bersongkok.
- Berkasut ( selipar tidak dibenarkan)


* Pelajar Perempuan:
- Berpakaian kemas dan menutup aurat ( pelajar muslim)
- Berkain labuh, rambut diikat dan tidak diwarnakan ( pelajar bukan muslim)
- Berkasut (selipar tidak dibenarkan)


* Bayaran:
- Sewa Jubah : RM5.00
- Fotografi     : RM10.00

Sekian, untuk makluman.

Terima Kasih.

Fire Drill : Sempena Program 3K, Anti Dadah & Anti Rokok 2012

26 Mac 2012 : Jam 11.49 pagi loceng kecemasan berbunyi, 11.57 pagi pelajar terakhir sampai di tapak Perhimpunan. Syabas kerana hanya 8 minit masa yang diambil untuk mengumpulkan semua warga sekolah dalam latihan kebakaran ini. Tahniah! .Program diteruskan dengan taklimat kebakaran oleh anggota bomba dari Unit Kebakaran, Pasukan BOMBA Daerah Pontian. Dalam taklimat tersebut pelajar telah diajar teknik memadam api menggunakan Alat Pemadam Api ABC. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BOMBA Pontian di atas taklimat yang telah disampaikan.

SASARAN 10 EMAS : Penyerahan Bendera Kejohanan, Kejohanan Olahraga MSSD 2012

26 Mac 2012 : Majlis penyerahan Bendera Kojohanan telah diadakan dengan meletakkan sasaran 10 pingat Emas bagi Kejohanan Olahraga MSSD Pontian 2012. Majlis telah disempunakan oleh En.Mohd Shaphri Mohd Yusof di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB, dengan menyerahkannya kepada En.Azman bin Abdul Aziz@Nong, selaku Ketua Pegawai bagi Kontingen SMK Dato' Penggawa Barat.

Mesyuarat Agung PIBG 2012

25 Mac 2012 : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-27 SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Ab.Aziz bin Kaprawi, PIS, AMN, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani , Negri Johor. Seramai 300 ibubapa telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.  

Mesyuarat terus berjalan lancar dengan laporan setiausaha dan bendahari PIBG. Acara kemuncak tidak lain tidak bukan adalah pemilihan AJK PIBG Sesi 2012-2014. Memang sukar mendapatkan calon-calon dalam pemilihan di mana masing-masing faham mengenai ‘tanggung’ dan ‘jawab’.  Namun, tanggungjawab kepimpinan yang dipinta sebenarnya adalah peluang untuk meningkatkan amal dan pahala di sisi Allah swt.

Buat penggal ke-4 berturut-turut semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik sekali lagi Dato' Nasir bin Safar untuk menerajui PIBG bagi sesi 2012-2014.

Program Khidmat Masyarakat Prauniversiti 2012


24 Mac 2012 : Program Khidmat Masyarakat Prauniversiti 2012 telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan 6 untuk melaksanakan  dan menilai program dan aktiviti ; memberi pendedahan untuk bersama-sama masyarakat di dalam meningkatkan kerjasama di antara sekolah dengan komuniti setempat dalam melakukan sesuatu program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Program ini telah diadakan di  Taman Rekreasi Pantai Rambah, Pontian, Johor.

 Program ini dianjurkan bersama Majlis Daerah Pomtian di bawah kelolaanYang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP). Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersih kawasan dan mengecat batu pembahagi jalan. Pihak MDP mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan pihak sekolah mengadakan aktiviti tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah terlibat di dalam menjayakan aktiviti tersebut.

1 Malaysia 1 Tanggung Jawab

KEGEMILANGAN SPM 2011: Tahniah GPS 1.97, ke-9 Negeri Johor & ke-3 Sekolah Kawalan Negeri Johor

21 Mac 2012: Buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah seramai  4 calon telah  mendapat 'Perfect A+' manakala 45 calon mendapat 'Perfect A' dalam peperiksaan SPM 2011 yang lalu. Peningkatan bilangan calon sempurna A sebanyak 22 orang iaitu 45 orang calon mendapat sempurna A tahun 2011 berbanding 23 orang caon mendapat sempurna A tahun 2010.  Peningkatan kualiti  pencapaian SPM telah menyumbang kepada pengecilan GPS 1.97,  2011 berbanding GPS 2.37, 2010. Seramai 45 orang calon telah mendapat "perfect score" (19.74%) dengan 4 orang perfect A+.

Berikut adalah nama-nama pelajar perfect A+
  1. Andrew Long Chay Zhien (9A+)
  2. Choon Hui Shin (10A+)
  3. Soh Chin Fen (11A+)
  4. Tan Shi Zheng (10A+)
Atas pencapaian cemerlang ini SMKDPB telah dianugerahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan Anugerah:
  1. Mencapai ETR
  2. Kelulusan 100%
  3. Kedudukan ke-3 Sekolah Kawalan Negeri Johor
Tahniah kepada semua warga SMKDPB atas sumbangan yang diberikan. Maklumat terperinci boleh dilayari di muka PEPERIKSAAN. Tahniah diucapkan kepada semua guru SMK Dato'Penggawa Barat  dan semua calon yang berjaya. Tahniah juga kepada semua calon SPM 2011 yang telah hadir ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah. Tahniah! Tahniah! Tahniah! dan Syabas.


PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN), ANTI DADAH & ANTI MEROKOK 2012

20 Mac 2012 : Majis Pelancaran Program 3K, Anti dadah & Anti merokok telah disempuranakan oleh En.Mohd Shapri bin Mohd Yusof, Peg.Kanan Pentadbiran SMK Dato Penggawa Barat. Program ini merupakan program yang diadakan di bawah Unit HEM dengan bermatlamat untuk melahirkan warga sekolah yang berkualiti tanpa dadah & rokok serta mengutamakan 3 aspek penting iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah pertandingan esei anti dadah, esei 'recycle', sajak, kuiz kesihatan, pertandingan poster anti rokok dan anti dadah, ceramah kesihatan, HPV, Pemantapan JERIS, Denggi ceramah keselamatan lalulintas, latihan pengungsian bangunan, gotong royong perdana, penggredan kelas dan antiviti 'nampak Sampah Kutip'.

SPM 2011


PEMBERITAHUAN CALON SPM 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2011 

                Keputusan Peperiksaan SPM 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012 mulai pukul 11.00 pagbertempat di Makmal Fizik dan Makmal Kimia, Blok Intelek, SMK Dato Penggawa Barat.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1            Pakaian  seragam sekolah yang lengkap.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1            Pakaian seragam sekolah yang lengkap

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1            Memakai selipar.
3.2            Memakai seluar jeans.
3.3            Memakai lain-lain pakaian yang bukan 'Pakaian Seragam Sekolah'

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1            Kemas
4.2            Pendek (lelaki)
4.3            Tidak diwarnakan.

Calon SPM yang belum menjelaskan hutang (PAKAD, Koperasi dan lain-lain) atau/dan memulangkan buku atau lain-lain bahan/peralatan yang dipinjam MILIK SEKOLAH sila berbuat demikian sebelum keputusan SPM 2011 anda  boleh diperoleh di kaunter yang disediakan.

“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”

 SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN SPM 2011

BUDAYA MEMBACA SMK Dato'Penggawa Barat

PERINGATAN!!


Semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diingatkan, untuk menghantar buku Rekod Nilam kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya sebelum 23 Mac 2012. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan 'Demerit 20 mata' bagi kesalahan tersebut.

Perkampungan Penulis Muda

Pada 9 - 10 Mac 2012 seramai 4 orang pelajar SMKDPB terpilih untuk mengikuti Perkampungan Penulis Muda bertempat di Tg Piai. Mereka terdiri daripada Mohd Rakib, Noor Husna, Nur Syahmina dan Rabiatul Adawiyah. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama-sama rakan-rakan di sekolah.

KEBITARAAN MATEMATIK - AKTIVITI MATEMATIK

Panitia Matematik SMK Dato’ Penggawa Barat mempelawa para pelajar SMK Dato Penggawa Barat untuk menyertai pelbagai pertandingan matematik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  Pertandingan  yang dimaksudkan adalah seperti di bawah :

A)     Malaysia ASEAN Schools Math Olympiads (MASMO) Secondary Division 2012

Kategori pertandingan : Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja
Tarikh pertandingan : 10 April 2012 ( Selasa)
Bayaran Yuran Penyertaan : RM 38 setiap pelajar

Pelajar yang berminat , sila berikan nama anda kepada Puan Noor Zarina Noordin (sesi pagi) atau Puan Afzan bin Othman (sesi petang) , beserta bayaran selewat-lewatnya 23 hb Mac 2012.

B)      Australian Mathematics Competition (AMC) 2012

Kategori pertandingan : Tingkatan 1 dan  2  (Junior ) 
                                            Tingkatan 3 dan  4  (Intermediate ) 
                                                   Tingkatan 5 dan  6  (Senior )   

Tarikh pertandingan : 2 Ogos 2012 ( Khamis)
Bayaran Yuran Penyertaan : RM 35 setiap pelajar

Pelajar yang berminat , sila berikan nama anda kepada Cik Norhasnita binti Abdul Malek (sesi pagi) atau Puan Afzan bin Othman (sesi petang) , beserta bayaran selewat-lewatnya 23 hb Mac 2012.

 C)      Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK ) 2012

Kategori pertandingan : Tingkatan 1 dan  2  (Kategori Bongsu )                                                    
                                            Tingkatan 3 dan  4  (Kategori Muda ) 
                                                  Tingkatan 5 dan  6  (Kategori Sulong)   

# Untuk makluman, OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang.

Tarikh pertandingan : 7 Julai 2012 ( Sabtu )

Pelajar yang berminat , sila berikan nama anda kepada Cik Norhasnita binti Abdul Malek (sesi pagi) atau Puan Afzan bin Othman (sesi petang) selewat-lewatnya 30 Mac 2012.

Pelajar-pelajar yang telah mengikuti kelas Olimpiad pada tahun lepas, sangat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut.


Tahniah : Pencapaian 97.12% Lulus Penuh STPM 2011

Calon Mendapat NGMP 3.5 ke atas

7 Mac 2012: Seramai  3 calon mendapat 4A, 4 calon mendapat 3A, 2 calon mendapat 2A dan 22 calon mendapat 1A dalam peperiksaan STPM 2011 yang lalu. Walau bagaimana pun sedikit penurunan berbanding tahun 2010 (97.25% lulus penuh) iaitu penurunan 0.15 %. Peratus lulus bagi aliran sains ialah 96.36% manakala bagi aliran sastera ialah 97.96%. Calon yang mendapat keputusan paling cemerlang ialah Norjiehan binti Subahi  dengan NGMP 3.84. maklumat terperinci boleh dilayari di muka PEPERIKSAAN. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.
Calon Cemerlang 2011 (NGMP 3.84)

BENGKEL LITERASI i-NILAM 2012

6 Mac 2012 : Bengkel Literasi i-Nilam 2012 anjuran Pusat Sumber SMK Dato'Penggawa Barat telah diadakan di Pusat Akses SMKDPB. Seramai 25 peserta guru telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada 2 fasa iaitu Fasa 1 guru tingkatan 1 dari jam 10.30 pg hingga 12.30 tengah hari manakala Fasa 2 guru tingkatan 4 mulai jam 1.00 petang hingga 3.00 petang. Guru-guru yang memerlukan bantuan bagi mengemaskini sistem i-Nilam boleh mendapat bantuan dengan klik di sini.

KEPUTUSAN STPM 2011


PEMBERITAHUAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON STPM 2011

                Keputusan Peperiksaan STPM 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012 mulai pukul 12.00 tengah hari bertempat di Makmal Fizik Blok Gemilang.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1            Perempuan Muslim – sopan dan menutup aurat.
1.2            Perempuan bukan muslim – berpakaian sopan atau anda juga digalakkan memakai pakaian kebangsaan (baju kurung).
1.3            Berskirt labuh (bagi pelajar bukan muslim yang memakai skrit)
1.4            Berkasut.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1            Kemeja atau T-Shirt berkolar yang sesuai.
2.2            Berseluar panjang
2.3            Berkasut.

3.     Semua calon STPM 2011 dilarang:
3.1            Memakai selipar.
3.2            Memakai seluar jeans.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1            Kemas
4.2            Pendek (lelaki)
4.3            Tidak diwarnakan.


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”

 SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN STPM 2011



TAHNIAH!!

Selepas jam 12.00 tengah hari