MAJLIS PENTAULIAHAN PESERTA ARPRM SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN

PONTIAN, 30 Disember 2020 : Suatu Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SMK Dato Penggawa Barat Peringkat Negeri Johor 2020 telah dilaksanakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, YBhg Tuan Hj Jasni Omar di Bilik Sarana PIBG, SMK Dato’ Penggawa Barat.

Seramai 18 orang peserta Anugerah Gangsa dan 4 peserta Anugerah Perak yang layak menerima Sijil Pentauliahan ARPRM bagi SMK Dato’ Penggawa Barat pada kali ini. Walaubagaimanapun hanya 7 pelajar Anugerah Gangsa yang dijemput pada hari ini kerana kekangan Covid-19, sementara 4 pelajar Anugerah Perak telah diraikan pada majlis yang serupa pada 25 November 2020 yang lalu. 

Dalam ucapan perasmian beliau, Hj Jasni melontarkan idea supaya para pemimpin ARPRM di sekolah ini mendokumentasikan gerakerja dan aktiviti2 yang dijalankan sebagai suatu pencapaian KPI sekolah dan juga guru2 yang terlibat. Beliau juga menyarankan supaya pelajar-pelajar Cina dan India serta kaum-kaum lain digalakkan menyertai program ARPRM ini yang memberi peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan jantina. 

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang bekerjasama dan membantu pelaksanaan ARPRM di sekolah-sekolah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah seperti Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Kolej Komuniti Tanjong Piai, dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.  

Turut hadir pada majlis ini ialah En Suffian Fabilah, Pengarah Kolej Komuniti Tg Piai; En Muzakkir Mohd Sidek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, En Shaphri Mohd Yusof, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat dan En Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. 

Pada majlis yang sama juga diraikan Tuan Hj Jasni Omar, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian yang akan tamat perkhidmatan awam beliau pada 31 Disember 2020, dan akan memulakan alam persaraan beliau pada 1 Januari 2021. Majlis pada hari ini adalah program terakhir beliau sebagai seorang penjawat awam. 

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Jasni Omar, selamat maju jaya kepada SMK Dato’ Penggawa Barat yang bakal merealisasikan Peserta Anugerah Emas ARPRM Daerah Pontian dalam waktu yang terdekat nanti

#sumber berita FB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

PENYERAHAN SURAT KENAIKAN DG48-TAHNIAH

13 Disember 2020 - Satu majlis ringkas mematuhi SOP telah diadakan di Bilik Wawasan SMKDPB bertujuan untuk menyerahkan Surat Kenaikan Pangkat DG48 kepada 12 orang guru iaitu Chua Ee Ling, Norhafiza bt Nasiron, Halimah bt A.Wahid, Afzan binti Othman, Hafiza binti Ahmad, Noorhidayati binti Jamari, Hafzanisa binti Mohd Yasin, Khaliza binti Parmin, Norshaidda binti Senin, Rusni Azma binti Ahmad, Nazarizal binti Mohd Samion dan Wagiman bin Sangat. Tahniah diucapkan.

 



BONUS- 'BEST OF THE BEST' PERTANDINGAN E-THIC 2020

 8 Disember 2020- Pengumuman oleh pihak penganjur Environtmental Conservation Association of Malaysia & Asia Pacific Region pada hari ini sekali lagi memberi kejayaan kepada  pasukan inovasi sekolah. Dalam pertandingan Inovasi E-Thic bulan lepas kelima-lima pasukan inovasi SMKDPB mendapat Anugerah Emas dan lanjutan daripada itu pemenang Anugerah Emas bersaing sesama sendiri dan hasilnya:

1. Tempat Pertama - 'Best Of The Best Award' Green Technology Award (GTA) di berikan kepada Inovasi Nastraw (Banana Straw)

2. Teempat Keempat- "Best Of The Best Award' Secondary School diberikan kepada Inovasi E-Water (Eco Portable Water Filter)

 




 

Tahniah diucapkan kepada murid-murid pasukan inovasi sekolah dan guru-guru pembimbing. SDPB Menjuarai.