PENDAFTARAN TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2017

31 Dis 2016: Seramai 105 pelajar baharu tingkatan 1 yang terdiri daripada 28 pelajar putera dan 77 pelajar puteri telah mendaftar pada hari ini.  Pendaftaran telah bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12 tengah hari.

 

 

 
 
 

Pendaftaran & Gotong Royong Awal Tahunan 2017




MAKLUMAT TERKINI


     PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2 (2017), TINGKATAN 3 (2017), TINGKATAN 4 (2017) DAN TINGKATAN 5 (2017) AKAN DIADAKAN PADA 29 DISEMBER 2016 PADA JAM 8.30 PAGI. PARA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN PJK. (Perempuan tudung warna putih). GOTONG ROYONG JUGA AKAN DIADAKAN PADA HARI TERSEBUT DAN PARA PELAJAR DIMINTA MEMBAWA PERALATAN UNTUK BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS MASING-MASING. PELAJAR TINGKATAN 5 (2017) AKAN MENGAMBIL BUKU TEKS PADA HARI INI (29/12/2016).

  PELAJAR DIMINTA BERKUMPUL DI TAPAK PERHIMPUNAN MENGIKUT KELAS UNTUK TAKLIMAT GOTONG-ROYONG. SENARAI NAMA PELAJAR DAN KELAS BOLEH MUAT TURUN DARI BLOG SEKOLAH. SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN 4 (2017) AKAN DITAMPAL DI SEKOLAH DAN BOLEH DIRUJUK PADA 29/12/2016

  PELAJAR JUGA DIMINTA MENGAMBIL BUKU LATIHAN DI KOPERASI SEKOLAH PADA 29/12/2016 SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
      i. PELAJAR TING. 2 ( 2017 ) MASA  8.00 AM - 9.00 AM
      ii. PELAJAR TING. 3 ( 2017 ) MASA  9.00 AM - 10.00 AM
      iii. PELAJAR TING.5 ( 2017 ) MASA  10.00 AM - 11.00 AM

      #sila patuhi masa yang ditetapkan demi memastikan kelancaran pengagihan buku latihan.

  PENDAFTARAN UNTUK TINGKATAN 1 AKAN DIADAKAN PADA 31 DISEMBER 2016 DI DEWAN SERI GEMILANG PADA JAM 8.30 PAGI.
  
  PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA JUGA AKAN DIADAKAN PADA 31 DISEMBER 2016 DI DEWAN MAKAN ASRAMA PADA PUKUL 2.30 PETANG.


SEKIAN, TERIMA KASIH.  

Mesyuarat Hal Ehwal Murid 2017/1

Bahan mesyuarat  HEM boleh di muat turun dengan 'klik' tajuk berkenaan di bawah:

1.Mesy. Hal Ehwal Murid Kali Pertama

Mesyuarat Ko-kurikulum 2017/1

Bahan mesyuarat  Ko-kurikulum boleh di muat turun dengan 'klik' tajuk berkenaan di bawah:

1.Taklimat Ko-kurikulum 2017 
2. Takwim Ko-kurikulum 2017

Mesyuarat Guru 2017 Bil. 1

26hb Desember 2016: Mesyuarat Guru Awal Tahun 2017 telah di Pengerusi ini oleh Tn.Hj. Hashim b. Mohd Dom. Bahan Taklimat Pengetua boleh di muat turun disini

 

As'salam perhatian kepada semua guru berikut adalah tentatif mesyuarat
Mesy guru
Tarikh: 26/12
Masa: 8.30-10.30tepat
Tempat: Wadah Informasi

Mesy kurikulum
Tarikh: 26/12
Masa: 11- 1 tgh hari

Tempat: Wadah

Mesy HEM
Tarikh: 27/12
Masa: 8.30-10.30pg
Tempat: Wadah

Mesy. Kokurikulum
Tarikh:27/12
Masa: 11-1tghr
Tempat:Wadah

Mesy. Panitia
Tarikh: 28/12
Masa: 8.00pg- 1.30tghr
Tempat dan masa akan diedarkn. 

Pengagihan klas dan gotong royong dan pendaftaran pelajar ting 2,3,5
Tarikh: 29/12
Masa: 8pg hingga 12

Pendaftaran pelajar ting 1
Tarikh: 31/12
Masa: 8pg hingga 12pagi

Ikrar Penjawat Awam



SENARAI NAMA PELAJAR 2017

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN DUA TAHUN 2017 SILA KLIK LINK DI BAWAH

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN DUA TAHUN 2017

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN TIGA TAHUN 2017 SILA KLIK LINK DI BAWAH.

SENARAI PELAJAR TINGKATAN 3 TAHUN 2017

SENARAI NAMA PELAJAR TINGKATAN LIMA TAHUN 2017 SILA KLIK LINK DI BAWAH

NAMA PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN 2017

Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016

Liputan oleh akhbar Indonesia

16 Disember 2016 – Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016 telah diadakan di Dewan Hotel Sukan Olimpik, Kuala Lumpur. Bertemakan Malam Sejuta Kenangan, Menghimpun Warga Cemerlang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara.  Malam Apresiasi ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada semua peringkat warga PPM yang telah memberi sumbangan  yang besar bagi memaju dan menaikkan imej PPM sama ada pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kumpulan.



Sebanyak 27 pengiktirafan diberikan kepada warga PPM dan berikut merupakan keputusan yang melibatkan warga SMKDPB:
1.       Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian, SMK Dato’ Penggawa Barat telah memenangi Anugerah Kumpulan Pengakap Terbaik di Malaysia.
2.       En. Anuar bin Salleh telah memenangi Anugerah Pemimpin Kumpulan Terbaik di Malaysia.
3.       En. Suhizulhisam bin Keliwon telah memenangi Anugerah Pemimpin Pengakap Remaja Terbaik di Malaysia.


 
 

Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli-ahli pengakap SMKDPB yang bersama-sama menaikkan nama Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian (SMKDPB ) ke persada kebangsaan. Anda hebat dan terbaik di Malaysia! SDPB Menjuarai!

PENGUMUMAN


1.       KEPUTUSAN PT3 AKAN DIKELUARKAN SECARA RASMI PADA 19 DISEMBER 2016  (ISNIN) SELEPAS JAM 10.00 PAGI. PARA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KETIKA DATANG UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN PT3.

2.       PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2, TINGKATAN 3, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 AKAN DIADAKAN PADA 29 DISEMBER 2016 PADA JAM 8.30 PAGI. PARA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN PJK. GOTONG ROYONG JUGA AKAN DIADAKAN PADA HARI TERSEBUT DAN PARA PELAJAR DIMINTA MEMBAWA PERALATAN UNTUK BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS MASING-MASING. PELAJAR TINGKATAN 4 AKAN MENGAMBIL BUKU TEKS PADA HARI INI (29/12/2016)

3.       PENDAFTARAN UNTUK TINGKATAN 1 AKAN DIADAKAN PADA 31 DISEMBER 2016 DI DEWAN SERI GEMILANG PADA JAM 8.30 PAGI.

4.       PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA JUGA AKAN DIADAKAN PADA 31 DISEMBER 2016 DI DEWAN MAKAN ASRAMA PADA PUKUL 2.30 PETANG.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

DI AKHBAR


PENARAFAN 5 BINTANG SSQS

6 Disember 2016 - SMKDPB telah mencapai tahap 5 Bintang Penarafan SSQS. Majlis penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tn Hj Saharudin, Pengarah Pendidikan Johor bertempat di BTPN Johor.



Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur

25 Nov –1 Dis 2016 – Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur telah berlangsung di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur. Seramai 31 orang ahli Pengakap SMKDPB bersama 4 orang guru pengiring telah menyertainya. Bertemakan urban, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuklah jelajah bandar raya , kembara alam dan aktiviti kebudayaan.
Ahli pengakap SMKDPB menyertai 600 peserta lain dari seluruh negeri Johor. Manakala keseluruhan peserta yang menyertainya seramai 8000 orang dari seluruh negara dan luar negara. Antara peserta luar negara termasuklah dari Indonesia, Brunei, Kenya, Sri Lanka, Singapura, dan Filifina.

Pelbagai pertandingan telah diadakan, dan peserta SMKDPB yang mewakili pasukan Johor telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Ultimate Communicator. Peserta tersebut ialah Nursyaidatul Adlin binti Abd Razak dan Siti Juhariyah binti Zaini. Selain itu, pasukan Johor juga telah dinobatkan sebagai pemenang pintu gerbang terbaik. Tahniah diucapkan.












JOHAN ANUGERAH INOVASI TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR 2016

22 Nov 2016 – Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah Pendidikan Johor ( 1 Sekolah 1 Inovasi) Peringkat Sekolah Menengah / Kolej Vokasional Tahun 2016 diumumkan pada hari ini. Guru Cemerlang Matematik SMKDPB iaitu Pn Aslipah binti Tasarib telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori tersebut. Hadiah disampaikan oleh En Rahim Lamin ( Ketua Sektor) di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tahniah diucapkan.






Pertandingan Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Negeri Johor Tahun 2016

22 Nov 2016 – Pertandingan Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) Kementerian Pendidikan Malaysia, Peringkat Negeri Johor Tahun 2016 telah diumumkan pada hari ini. Surau Nurul Hidayah telah mendapat hadiah saguhati kategori surau sekolah menengah. Tahniah diucapkan.


JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU 2016

20 Nov 2016 – Jamuan Akhir Tahun KEBIRU SMKDPB telah diadakan di Citra Sri Pinang, Benut. Jamuan ini sebagai tanda menghargai kesemua warga guru SMKDPB yang telah menabur bakti di SMKDPB sepanjang setahun. Tahniah kepada semua warga SMKDPB serta barisan AJK KEBIRU.










Majlis Perpisahan Pn Rabiatul Adawiyah


20 Nov 2016 – Majlis Perpisahan Pn Rabiatul Adawiyah telah diadakan pada pagi ini. Beliau menamatkan khidmat bakti beliau di SMKDPB kerana mendapat tawaran berpindah ke Pahang mengikut suami. Tahniah diucapkan dan semoga terus cemerlang di sekolah baharu.






ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2016

9 Nov 2016 – Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah diadakan di Pejabat Belia Negeri Johor. Seramai 62 telah menerima ARP 33 Perak dan 31 ARP Gangsa. Tahniah diucapkan kepada peserta unit kokurikulum SMKDPB dan juga mentornya En Suhizulhisam bin Keliwon.













ANUGERAH CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

16 Nov 2016 – Anugerah Citra Majalah Sekolah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah diumumkan pada hari ini. Majalah SMKDPB iaitu PELOPOR EDISI KHAS ( JUBLI EMAS ) telah dinobatkan sebagai Johan kategori penerbitan. Haji Hashim dan Pn Noraida Md Amin yang mewakili SMKDPB telah menerima sijil, wang tunai RM1000 dan buku. Seterusnya kategori karya adik Siti Nurfadzrinisha dan adik Siti Khairunnisa telah mendapat hadiah tempat kedua dan saguhati bagi puisi dan cerpen. Tahniah diucapkan kepada pemenang.










* Siti Khairunisak diwakili adiknya.