Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016

Liputan oleh akhbar Indonesia

16 Disember 2016 – Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016 telah diadakan di Dewan Hotel Sukan Olimpik, Kuala Lumpur. Bertemakan Malam Sejuta Kenangan, Menghimpun Warga Cemerlang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara.  Malam Apresiasi ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada semua peringkat warga PPM yang telah memberi sumbangan  yang besar bagi memaju dan menaikkan imej PPM sama ada pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kumpulan.



Sebanyak 27 pengiktirafan diberikan kepada warga PPM dan berikut merupakan keputusan yang melibatkan warga SMKDPB:
1.       Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian, SMK Dato’ Penggawa Barat telah memenangi Anugerah Kumpulan Pengakap Terbaik di Malaysia.
2.       En. Anuar bin Salleh telah memenangi Anugerah Pemimpin Kumpulan Terbaik di Malaysia.
3.       En. Suhizulhisam bin Keliwon telah memenangi Anugerah Pemimpin Pengakap Remaja Terbaik di Malaysia.


 
 

Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli-ahli pengakap SMKDPB yang bersama-sama menaikkan nama Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian (SMKDPB ) ke persada kebangsaan. Anda hebat dan terbaik di Malaysia! SDPB Menjuarai!