Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur

25 Nov –1 Dis 2016 – Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur telah berlangsung di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur. Seramai 31 orang ahli Pengakap SMKDPB bersama 4 orang guru pengiring telah menyertainya. Bertemakan urban, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuklah jelajah bandar raya , kembara alam dan aktiviti kebudayaan.
Ahli pengakap SMKDPB menyertai 600 peserta lain dari seluruh negeri Johor. Manakala keseluruhan peserta yang menyertainya seramai 8000 orang dari seluruh negara dan luar negara. Antara peserta luar negara termasuklah dari Indonesia, Brunei, Kenya, Sri Lanka, Singapura, dan Filifina.

Pelbagai pertandingan telah diadakan, dan peserta SMKDPB yang mewakili pasukan Johor telah muncul Naib Johan dalam pertandingan Ultimate Communicator. Peserta tersebut ialah Nursyaidatul Adlin binti Abd Razak dan Siti Juhariyah binti Zaini. Selain itu, pasukan Johor juga telah dinobatkan sebagai pemenang pintu gerbang terbaik. Tahniah diucapkan.