KURSUS PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA


23 Mac 2013 – Pasukan Pengakap Laut SMKDPB telah menyertai Kursus Pra Pentarafan Pengakap Raja Daerah Pontian yang diadakan pada hari ini bertempat di PKG Bandar Pontian. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melengkapkan pengakap muda dan pengakap remaja dengan ilmu yang berkaitan untuk melayakkan peserta menjalani ujian Pengakap Raja. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh Azhar bin Noor Rahman iaitu Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian.
                Peserta sekolah terdiri daripada Mohamad Haikal Farish bin Faizal, Muhammad Nur Fadhliudin bin Jamaludin, Mohamad Ubaid bin Mohsin, Muhammad Asrul Haziq bin Anuar, Muhammad Syahir bin Mohd Azhar, Muhammad Safiuddin bin Sukiat dan Mohd Nashruddin bin Mohd Shah. Peserta diiringi Cikgu Anuar bin Salleh. Semoga para peserta yang menyertai kursus ini dapat menyebarkan maklumat berkaitan kepada rakan pengakap yang lain.


Tahniah & Syabas 'SDPB Menjuarai' dinobatkan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kawalan SPM 2012 dan Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana SPM 2012.

21 Mac 2013 : Tahniah & Syabas di atas kejayaan sekolah kita mendapat kedudukan Ke-3 sekolah kawalan, kedudukan ke-7 daripada 247 sekolah menengah negeri Johor dan pengecilan GPS daripada 1.96 tahun 2011 kepada 1.81 tahun 2012 bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Tahniah & syabas juga diucapkan kepada 41 calon SPM 2012 yang telah mendapat 'perfect score' A. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKDPB kerana telah dinobatkan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kawalan SPM 2012 dan Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana SPM 2012.

Latihan Kawad Kebakaran, 2013

20 Mac 2013 : SMK Dato' Penggawa Barat telah menganjurkan latihan pencegahan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba  Pontian pada tengah hari Selasa 19 Mac 2013. Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan oleh pegawai Bomba yang terlibat bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut. Pihak Bomba juga telah menunjukkan cara-cara menyelamat mangsa kebakaran.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Bomba Pontian kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak sekolah.

 

KERJAYA DI LAUTAN


18 Mac – Satu ceramah bertajuk  KERJAYA DI LAUTAN telah diadakan  di Dewan Sri Gemilang. Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDPB. Ceramah kerjaya ini disampaikan oleh Kapten Saat bin Sanusir pegawai dari Jabatan Laut Wilayah Selatan.
                Ceramah ini mendedahkan kepada pelajar-pelajar SMKDPB tentang kerjaya di lautan yang mencabar tetapi  menarik. Peluang kerjaya di bidang ini semakin diminati dan pelajar-pelajar boleh memilih untuk menyertainya selepas tamat persekolahan.  Ceramah yang diadakan pada pukul 2.00 petang ini berakhir pada pukul 4.00 petang. Terima kasih kepada pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan.



Tahniah & Syabas : 'SDPB Menjuarai' STPM 2012

18 Mac 2013 : Tahniah & syabas kepada seluruh warga SMKDPB di atas kejayaan peningkatan peratus kelulusan STPM sejumlah 1.61% iaitu daripada 97.12%: 2011 kepada 98.73%:2012. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada adik Yuliana binti Partonedy dan adik Lim Wee Jieh yang telah berjaya mendapat 'Perfect Score' 4 Principal A. Tahniah & syabas kepada semua guru tingkatan 6 di atas kejayaan telah dimiliki.


Adik Yuliana Partonedy : '4 Principal A'


WACANA BAHASA 2013



16 Mac 2013 – Bertempat di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian Johor telah diadakan Kursus Wacana Bahasa anjuran bersama PPD Pontian dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan.  Penceramah jemputan ialah En Azhar bin Salleh dari SK Taman Johor Jaya 3– Munsyi Dewan. Turut Hadir ialah Encik Syaidul Azam bin Kamarudin dan Puan Siti Hajar binti Elah wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
                Seramai 86 orang peserta kursus terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah Daerah Pontian. Peserta didedahkan dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Kursus yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Encik Nazarali bin Ali, Pegawai PPD Pontian.


PERGERAKAN PUTERI ISLAM SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN. JOHOR


9 Mac - Pergerakan Puteri Islam SMK Dato’ Penggawa Barat Pontian Johor telah mengadakan sambutan Hari  Puteri peringkat sekolah pada 9 Mac 2013. Tujuan diadakan Hari Puteri tersebut ialah sebagai acara tahunan pergerakan Puteri Islam sekolah. Antara objektif diadakan acara ini ialah untuk:
·         Melahirkan satu masyarkat muda yang taat kepada Allah, Raja dan Negara. Selain berilmu, berakhlak mulia dan berbakti kepada masyarakat.
·         Membimbing pelajar muslimah dari segi akhlak, rohani, jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah s.w.t dan dapat berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.
·         Membentuk sebuah kumpulan yang  beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat.
·         Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
Pelajar SMK DPB patut bersyukur keranan menjadi ahli PPIM. Selain memenuhi objektif di atas, pelajar dapat menambah markah 10% kemasukan keuniversiti.

Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu
1.       Makan pagi
2.       Anduh
3.       Tulang belut
4.       Lipatan telekung
5.       Gajet
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang…


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28


10 Mac – Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 telah diadakan pada pagi ini dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Yg Berbahagia Datuk Nasir bin Safar DMSM, PPN,PIS,JC – Yang Dipertua PIBG SMKDPB.  Dalam ucapannya YDP PIBG meminta agar semua ibu bapa memberikan komitmen kepada pihak sekolah agar transformasi nilai berganda akan membuahkan hasil. Beliau juga mengajak para ibu bapa berdoa agar keputusan SPM yang bakal diumumkan nanti melonjakkan nama SMKDPB.
                Seramai  609 orang ibu, bapa, penjaga murid serta guru-guru  hadir dalam mesyuarat kali ini. Turut hadir  ialah Timbalan PPD iaitu Tn Hj Zaidi bin Ahmad. Mesyuarat kali ini turut diserikan dengan taklimat NILAM, cabutan nombor bertuah serta gerai-gerai jualan oleh syarikat-syarikat di bawah IKS.


Pra Kejohanan Sukan Sekolah 2013

7 Mac 2013: Pra Kejohanan Sukan Sekolah telah bermula hari ini. Seramai 150 peserta yang mewakili rumah-rumah sukan dari kategori bawah 15 dan 18 tahun lelaki/perempuan telah mengambil bahagian. Acara Pra Kejohanan Sukan Sekolah terdiri dari acara padang (Lempar cakera, Lompat jauh, Lompat tinggi) dan cara balapan (100m, 200m, 400m dan 800m individu/berkumpulan). Acara telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Tahniah dan syabas kepada pemenang bagi setiap acara kejohanan.

Bulan Sains & Matematik 2013 Peingkat Sekolah

 4 Mac 2013 : Bertemakan "Budaya saintifk tunjang kecelikkan ilmu" SMKDPB telah mengadakan Bulan Sains dan Matematik bagi menambahkan kesedaran terhadap kepentingan subjek Sains dan Matematik. Selain itu ia juga dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap dunia Sains dan Matematik .Pihak sekolah mengharapkan agar program ini dapat mencapai sasarannya.Bulan Sains dan Matematik merupakan program yang dirancang khas selama 1 bulan untuk memberi maklumat tambahan di samping memberi faedah kepada semua pihak. Matlamat Bulan Sains & Metematik ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang Sains dan Matematik di  sekolah disamping menambahkan keyakinan dan kesediaan  pelajar untuk menghadapi 

pembelajaran di sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi kelak. 
 Terdapat pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan ini. Antaranya ialah seperti Saintis Muda, "Spell it right", Cabaran Graviti, Payung Terjun, Taman Kimia, Kuiz matematik dan lain-lain lagi.



SMKDPB MENJUARAI BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2013



5 Mac 2013 – Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 peringkat Daerah Pontian telah diadakan di SMK Sri Perhentian. Perlawanan akhir ini antara SMKDPB dan SDAHA. Pihak SMKDPB yang merupakan pihak kerajaan telah dinobatkan sebagai juara setelah usul yang di bentangkan  iaitu SEKOLAH AGEN TRANSFORMASI SAHSIAH PELAJAR diterima oleh sidang dewan. Pasukan SMKDPB sebelum ini telah menewaskan SMK Kayu Ara Pasung pada   19 /2/13 (Pembangkang – Penglibatan Kokurikulum Pelengkap Kecemerlangan Murid), menewaskan  SMK Parit Betak pada 22/2/13 ( Kerajaan – Penggunaan Buruh Asing Dalam Sektor Ekonomi Menguntungkan Negara) , menewaskan SMK Teluk Kerang pada  26/2/13 ( Kerajaan – Dasar 1 Murid 1 Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara)  dan pada hari ini menewaskan SMK Dato’ Ali Haji Ahmad.
Tahniah dan syabas kepada para pembahas iaitu Adik Farah Zahida bt Muhamad, Adik Fatin Atikah bt Marjeran, Adik  Syakirah bt Mohd Sa’adek, Adik Nur Syarifah bt AB Rahim dan Adik Khairul Amri bin Ishak. Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Anuar bin Salleh, Cikgu Sharifah Ain bt Hj Ali dan Cikgu Nur Shazlin bt Shahrudin.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga SMKDPB yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pasukan bahas. Untuk makluman warga SMKDPB pasukan bahas SMKDPB akan mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 19 – 21 Mac 2013 bertempat di Segamat, Johor.  Doa dan restu dipohon daripada seluruh warga SMKDPB agar pasukan sekolah mengekalkan kejuaraan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434 Hijrah (2013 Mesihi)



23 Feb 2013 : Tanggal 27 Rejab Tahun Hijrah. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Sabda Rasullullah s.a.w : "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" An-Nasai & Ibnu Hibban.


Bertemakan "WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH” menjadikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan pada 23 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan perarakan warga sekolah dari Asrama mengelilingi Dewan Seri Gemilang. Majlis juga telah dimulai dengan persembahan berunsur keagamaan seperti Nasyid, bacaan Al Qur'an, Qasidah dan berzanji. Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Panel jemputan yang telah menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Al-Fadli Ustaz Hanafi bin Abd Hamid, Guru Agama SM Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.   Tahniah & syabas diucapkan kepada Adik Muhammad Muhibbuddin & Adik Wafa Raihana bt Rosman, keduanya dari kelas 5 Anggerik kerana telah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul bagi Tahun 2013.