SMKDPB MENJUARAI BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2013



5 Mac 2013 – Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 peringkat Daerah Pontian telah diadakan di SMK Sri Perhentian. Perlawanan akhir ini antara SMKDPB dan SDAHA. Pihak SMKDPB yang merupakan pihak kerajaan telah dinobatkan sebagai juara setelah usul yang di bentangkan  iaitu SEKOLAH AGEN TRANSFORMASI SAHSIAH PELAJAR diterima oleh sidang dewan. Pasukan SMKDPB sebelum ini telah menewaskan SMK Kayu Ara Pasung pada   19 /2/13 (Pembangkang – Penglibatan Kokurikulum Pelengkap Kecemerlangan Murid), menewaskan  SMK Parit Betak pada 22/2/13 ( Kerajaan – Penggunaan Buruh Asing Dalam Sektor Ekonomi Menguntungkan Negara) , menewaskan SMK Teluk Kerang pada  26/2/13 ( Kerajaan – Dasar 1 Murid 1 Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara)  dan pada hari ini menewaskan SMK Dato’ Ali Haji Ahmad.
Tahniah dan syabas kepada para pembahas iaitu Adik Farah Zahida bt Muhamad, Adik Fatin Atikah bt Marjeran, Adik  Syakirah bt Mohd Sa’adek, Adik Nur Syarifah bt AB Rahim dan Adik Khairul Amri bin Ishak. Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Anuar bin Salleh, Cikgu Sharifah Ain bt Hj Ali dan Cikgu Nur Shazlin bt Shahrudin.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga SMKDPB yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pasukan bahas. Untuk makluman warga SMKDPB pasukan bahas SMKDPB akan mewakili Daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 19 – 21 Mac 2013 bertempat di Segamat, Johor.  Doa dan restu dipohon daripada seluruh warga SMKDPB agar pasukan sekolah mengekalkan kejuaraan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian.